02 August 2011

TAUFAN EL NINO


Fernando Torres begitu teruja dengan gol first touch beliau ketika perlawanan final Asia Trophy menentang Aston Villa. Secara tidak langsung, itu merupakan gol pertama Torres sejak menyertai perlawanan jelajah pra-musim 2011. Torres berkata :


"Gol tersebut memberi keyakinan kepada saya terutama kerana gol tersebut mematikan game malam itu. Selepas ini, ia menjadi satu tugas yang mudah bagi saya."

Terbaik, Torres dah ada nafas baru untuk musim depan. Bagi footballcrazie, adalah tidak adil untuk menilai prestasi Fernando Torres kalau nak diikutkan pada musim lepas. Ini kerana pada waktu itu, satu team Chelsea tengah down. Kita sama-sama nilai prestasi beliau pada musim 2011/12 pula. ;)


KTBFFH

FABIO CAPELLO MAHU MCEACHRAN DIPINJAMKAN


First & foremost, kamu jangan mengeluh pula dengan tajuk entri dekat atas. Ini kerana manager England, Fabio Capello, memberi cadangan itu jika Chelsea tidak mahu menurunkan Joshua Mark McEachran ini dalam kesebelasan utama pada musim 2011/12. Ini kerana beliau tidak mahu bakat yang ada pada mamat ini dipersia begitu sahaja. Capello mengambil contoh kepada Jack Wilshere yang mana Arsenal meminjamkan pemain muda itu ke Bolton Wanderers pada musim 2009/10. Hasilnya, Jack Wilshere kembali dalam kesebelasan utama sekarang dengan prestasi yang awesome. Perkara yang sama turut boleh diapply untuk McEachran. Kelab mana yang paling sesuai? Mana lagi kalau bukan di Bolton Wanderers. ;)


KTBFFH

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN MBAS SABAH


Bagi mereka yang kecewa kerana tidak dapat turut hadir ke majlis berbuka puasa anjuran Malaysian Blue Army Supporters (MBAS) di semenanjung Malaysia, anda tidak perlu risau kerana kali ini MBAS Sabah turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama warga MBAS Sabah. Selain itu juga, anda boleh membawa keluarga anda untuk turut sama menyertai majlis ini. Kepada mereka dekat luar sana yang berminat, sila hubungi admin MBAS Sabah untuk tujuan tempahan meja selewat-lewatnya Khamis ini :

  • Atie san : 0149570037
  • Isnin Luiz : 0146551371
  • Carlos : 0105481209

Lokasi : Restoran Getaran Jiwa & Katering Alam Mesra
Masa :  4.30 petang ~ 7.00 malam
Tarikh : Ahad, 7/8/2011 

Mari kita sama-sama memeriahkan majlis ini. ;) 
Related Posts with Thumbnails