28 August 2011

HIGHLIGHT UPDATED!! Matchday 3


Footballcrazie dah update highlight untuk matchday 3. Jangan lupa lompat ke Download Highlight!! Kalau tak nak download, korang boleh streaming video dekat Video. Tapi tu untuk highlight game Chelsea vs Norwich City je. ;)

YOSSI BENAYOUN MENGHITUNG HARI DI CHELSEA


Detik Yossi Benayoun bersama Chelsea boleh dikatakan semakin pudar. Bagi sesiapa yang masih blur kenapa Juan Mata memakai jersi bernombor 10 semalam, sebenarnya Yossi Benayoun bersetuju untuk menyerahkan nombor keramatnya itu kepada Mata dan dia sendiri memakai nombor 30. Apa pun, tak sia-sia pengorbanan Benayoun semalam, Juan Mata telah membuat debut yang terbaik daripada ladang dengan menjaringkan satu gol. What a classic finish by Juan Mata. :D


KTBFFH

ULISES DAVILLA SERTAI CHELSEA


Nampaknya, Chelsea betul-betul memecut dalam membawa masuk pemain baru. Terkini, Chelsea baru sahaja sign pemain baru dari Chivas a.k.a member si Chicharoti iaitu Ulises Davila, 20, dengan kontrak selama lima tahun. Davila boleh bermain diposisi attacking midfielder dan juga forward. Terbaik, kalau dulu Chelsea dilabelkan lembab untuk enter transfer windows, kali ni Chelsea pula yang paling sibuk bawa masuk pemain baru. It's just a matter of time bak kata omputih. ;)


KTBFFH

CHELSEA MENANG BERGAYA


Tahniah buat the Blues yang menonjolkan aksi yang meyakinkan setelah kemasukan Juan Mata. Thanks to AVB yang membawa reformasi kepada Chelsea. Ternyata segala cemuhan yang dilemparkan terhadap cara permainana yang dibawa oleh AVB terjawab sudah. Memang diawal musim Chelsea bermula agak slow sebab nak bagi pemain biasa dengan formasi dah falsafah AVB ini. Apa pun, Hilario buat silly mistake pula semalam, kalau tak dah clean sheet game semalam. Drogba pula kena tamparan maut oleh goalkeeper Norwich City, John Ruddy. KO terus. Hehehe :D


KTBFFH

BIDAAN TERAKHIR CHELSEA UNTUK LUCA MODRIC


Nampaknya Chelsea telah melakukan bidaan terakhir untuk memancing Luca Modric iaitu sebanyak £40 juta. Adakah Spurs akan melepaskan want-away midfielder mereka ini? Kita tunggu apa yang bakal berlaku sebelum jendela perpindahan ditutup serapat-rapatnya pada malam 31 haribulan nanti. ;)


KTBFFH

25 August 2011

SLOBODAN RAJKOVIC KE HAMBURG


Setelah lama gagal mendapatkan permit kerja di England, akhirnya Chelsea terpaksa melepaskan Slobodan Rajkovic ke kelab mana lagi kalau bukan Hamburg FC. Rajkovic telah pun menandatangani kontrak selama empat tahun di sana. Apa pun, footballcrazie ingin ucapkan selamat maju jaya untuk Rajkovic. ;)

JUAN MATA KEKAL SEHINGGA 2016 DI CHELSEA


Finally, Juan Mata,23, telah pun menandatangani kontrak bersama Chelsea selama lima tahun semalam. Ini menjadikan Mata kekal di Stamford Bridge sehingga 2016 bersamaan raya aidilfitri kali ke 1437H. ;D. Mata dijangka akan melakukan debut ketika Chelsea menentang Norwich City pada 27/8/2011. Dalam masa yang sama Oriol Romeu, Romelu Lukaku dan David Luiz akan disenaraikan untuk skuad Sabtu nanti. Apa pun, footballcrazie tak sabar melihat apa kelainan yang bakal pemain muda ini bawakan. :)


KTBFFH

23 August 2011

MALOUDA TERKENANGKAN CARLO ANCELOTTI


Malouda beritahu bahawa dia masih lagi bersimpati dengan nasib yang menimpa bekas manager Chelsea yang ke-26, Carlo Ancelotti. Ancelotti dipecat serta-merta setelah tewas dalam perlawanan terakhir menentang Everton pada musim lepas. Malouda rasa Ancelotti harus diberi peluang. Ini kerana beliau pernah membawa kejayaan dalam Chelsea untuk jadi juara berganda.

Namun, nasib tidak menyebelahi Ancelotti apabila musim berikutnya Chelsea mengalami kemerosotan prestasi tahap gaban. Kali ini, Malouda mahu Chelsea memberi muka kepada Andre Villas-Boas dan tidak mudah pecat manager sebab Chelsea memerlukan konsistensi. Dalam masa yang sama, Malouda mengalu-alukan kedatangan Juan Mata ke Chelsea dan menyifatkan kehadiran Mata akan menambah mata dalam skuad Chelsea. LOL. :D

TORRES YAKINKAN SAYA - JUAN MATA


Juan Mata, 23, beritahu bahawa Torres mempengaruhi keputusannya untuk berhijrah ke Chelsea. Selain itu juga faktor kemenangan turut menjadi punca dia ke Stamford Bridge. Mata dibeli daripada Valencia dengan harga £29 juta. Mata berkata :


"Torres mempengaruhi keputusan saya namun faktor utama saya membuat keputusan ke sana adalah apabila berbincang dengan Villas-Boas. Beliau menerangkan formasi 4-3-3 dan bagaimana saya penting dalam pelan tersebut. Selain itu, saya turut mahu beraksi bersama Frank Lampard."

Terbaik. Tak sabar nak tunggu new signing ni beraksi. :)

CHELSEA MASIH LAGI BERBISA - JOHN TERRY


John Terry beritahu kepada media bahawa Chelsea masih lagi menjadi pilihan untuk musim ini meskipun BPL disertai kebangkitan oleh pasukan Liverpool dan Manchester City. Terry turut menyangkal bahawa otai  seperti dia, Lampard dan Drogba harus disisihkan kerana faktor usia. Malah, Terry yakin nama-nama seperti merekalah yang menetapkan tahap sebenar pemain untuk beraksi di Chelsea. Betul tu, footballcrazie sokong 100%. Tanpa mereka, Chelsea hilang identiti. :)


KTBFFH

MIKEL BERTERIMA KASIH


John Obi Mikel mengucapkan ribuan terima kasih kepada teammates, pihak Chelsea dan semua fans kat luar sana yang sentiasa menyokong dan mendoakan keselamatan ayahnya yang diculik pada 12 Ogos lepas. Kini, ayah Mikel telah pun dibebaskan apabila pihak polis berjaya mematahkan cubaan mendapatkan wang tebusan oleh penculik. Footballcrazie memuji sikap profesional yang Mikel tonjolkan pada perlawanan menentang Stoke City tempoh hari meskipun ayahnya masih lagi di tangan penculik.


KTBFFH

22 August 2011

LIVE UPDATED!! ( Manchester United vs Tottenham Hotspur ) 3:00 AM


Tepat pukul 3.00 pagi nanti, jangan lepaskan menyaksikan perlawanan yang boleh dikatakan sengit antara Manchester United vs Tottenham Hotspur. Adakah De Gea akan survive pagi nanti? Macam biasa, silalah lompat terus ke LIVE!!

JUAN MATA SAH MILIK CHELSEA


Setelah lama menunggu, akhirnya Andre Villas-Boas telah pun mendapat midfielder kreatif yang beliau mahukan iaitu Juan Manuel Mata. Mata, 23, dibeli dengan harga £29 juta daripada Valencia. Kini, Mata hanya perlu melepasi ujian kesihatan pada minggu ini dan sign kontrak. That's it. Senang cerita, sebelah kaki Mata dah ada dekat Stamford Bridge. Selepas ini, bolehlah kita tengok jentera tengah Chelsea kreatif balik seperti di era Ballack, Joe Cole dan Deco. ;)


KTBFFH

18 August 2011

PETR CECH CEDERA


Berita yang tak terbaik daripada ladang!! Andre Villas-Boas telah umumkan bahawa Petr Cech akan berehat selama 3~4 minggu akibat kecederaan ligamen lutut semasa melakukan sesi latihan semalam. Manakala David Luiz akan kembali beraksi pada minggu depan menentang Norwich City di Stamford Bridge. Aduh, yang paling mengecewakan ialah kecederaan Petr Cech. Dah la Hilario dengan Turnbull tu macam De Gea je. ;D Apa pun, kita sama-samalah berharap agar dua backup goalkeeper Chelsea ni tak buat hal macam musim yang sebelumnya. ;)


KTBFFH

SALOMON KALOU JADI UMPAN


Nampaknya, hari tidak secerah mana buat Salomon Kalou di Chelsea. Terkini, Chelsea dikatakan akan menggunakan dua umpan untuk memikat Tottenham Hotspur untuk melepaskan Luca Modric dengan menawarkan pakej Benayoun + Salomon Kalou + £27 juta = Luca Modric. Sebelum ini, dua tawaran Chelsea ditolak oleh pengerusi Spurs, Daniel Levy. Namun, dengan pakej dua dalam satu ini, adakah bakal membuka pintu hati si Levy untuk melepaskan Modric yang memang mahu keluar? Sama-samalah kita tunggu kesudahan cerita ini. ;D

KTBFFH

ROMELU LUKAKU SIGN KONTRAK MINGGU DEPAN


Fans Chelsea kini hanya perlu menghitung hari untuk melihat Romelu Lukaku bermain untuk Chelsea. FYI, Lukaku telah pun menjalani medical checkup pada dua minggu lepas dan dijangka akan sign kontrak pada minggu depan. Lukaku dibeli daripada Anderlecht dengan harga £18 juta. Apa pun, kita tunggu jer la saat tersebut. ;)


KTBFFH

LILLE MAHU PINJAM GAEL KAKUTA


Kelab liga Perancis, Lille, kini tengah mendesak Chelsea supaya meminjamkan pemain muda the Blues menyertai kelab itu pada musim baru ini. Namun, Andre Villas-Boas masih enggan memberi kata putus memandangkan Kakuta tengah terlibat untuk kempen Piala Dunia B-20 bersama pasukan Perancis. Tambahan pula, AVB belum test drive si Kakuta ni. So, mana boleh bagi kata putus lagi. ;)

KTBFFH

15 August 2011

LIVE UPDATED!! ( Manchester City vs Swansea City ) 3:00 AM


Tepat pukul 3.00 pagi nanti, Manchester City akan melayan kunjungan kelab baru naik iaitu Swansea. Adakah Sergio Aguero akan buat debut awal pagi nanti? Sama-sama kita lompat terus ke LIVE!!

ANDRE VILLAS-BOAS MAHU ENAM MIDFIELDER


AVB secara terbuka beritahu bahawa beliau mahu membawa masuk pemain midfielder dalam skuad the Blues. Hal ini menjadi semakin penting apabila dua midfielder Chelsea mengalami kecederaan iaitu Mikel dan Essien. Macam yang semua tahu, Chelsea tengah memburu Modric. Namun, jika Spurs tidak mahu melepaskan Modric, AVB berkemungkinan besar akan beralih ke pelan B iaitu cuba mendapatkan Scott Parker daripada West Ham United. ABV berkata :


"Kami bermain menggunakan formasi 4-3-3. Setakat ini, kami hanya mempunyai 25 orang pemain. Untuk persediaan dalam satu perlawanan, saya memerlukan enam orang pemain tengah. Namun, kami kini cuma mempunyai empat pemain sahaja."

Kita tunggu apa yang bakal berlaku sebelum 31/8/2011 ini menjelma. ;)

KTBFFH

SERI 0-0


Semalam kita menyaksikan bagaimana Chelsea terikat 0-0 dengan tuan rumah, Stoke City. Meskipun Chelsea menguasai hampir 65% perlawanan, the Blues gagal untuk menjaringkan gol. Ini kerana performance yang superb dipamerkan oleh goalkeeper Stoke City, Asmir Begovic dalam menafikan beberapa cubaan berbahaya daripada Chelsea. Berita baik pula, Torres sudah mula mempamerkan aksi yang meyakinkan serta cuba mencipta beberapa peluang yang terbaik. 

Apa pun, Chelsea akan menerima kunjungan West Bromwich Albion pada 20 hb 8 manakala laluan sukar menanti Manchester United yang menerima kunjugan Tottenham Hotspur pada keesokkan harinya. Footballcrazie sudah update semua highlight matchday 1 beserta Spanish Super Cup antara Real Madrid vs Barcelona. Korang bolah ushar kat Download Highlight!! ;)

14 August 2011

LIVE UPDATED!! ( Stoke City vs Chelsea ) 8:30 PM


Saksikan perlawanan pertama the Blues tepat pukul 8.30 malam, Stoke City vs Chelsea. Malam ini juga kita akan dapat lihat percaturan sebenar AVB untuk first eleven. Jangan lupa saksikan perlawanan ini hanya di LIVE!!

12 August 2011

ORIOL ROMEU BAKAL TURUN FIRST ELEVEN ?


Orio Romeu mendakwa bahawa dia telah pun berbual dengan AVB berkenaan posisinya dalam skuad Chelsea. AVB beritahu yang dia mahukan midfielder yang mampu mendominasi perlawanan dalam posisi ini dan dia merupakan calon yang sesuai. Romeu berkata :


"Saya telah berborak dengan Andre Villas-Boas. Beliau mahukan pemain seperti saya yang mampu menjadi key player dalam setiap game. Saya juga turut mengagumi pemain seperti Lampard kerana kebolehannya di atas padang."

Kalau nak diikutkan performance mamat ni, memang terbaik daripada ladang. Romeu akan ke Chelsea sebaik sahaja saingan Piala Dunia U20 berakhir. ;)

KTBFFH

UMPAN BENAYOUN UNTUK MODRIC


Seperti kamu semua sedia maklum, Chelsea telah membuat tawaran untuk mendapatkan Luca Modric dengan meletakkan syarat pertukaran pemain antara Modric dengan Benayoun sebagai cara terakhir. Namun, sampai sekarang Spurs masih lagi berdiam diri. Yossi Benayoun, 31, menyertai Chelsea daripada Liverpool dengan harga £5.5 juta pada musim lepas. Dia hanya sempat bermain sebanyak sembilan kali sebelum mengalami kecederaan. Kita tunggu apa reaksi Spurs lepas ni. ;D

ELJERO ELIA MAHU KE CHELSEA


Ketika ini, Chelsea tengah cari dua orang pemain lagi iaitu seorang winger dan seorang midfielder. Terbaru, Eljero Elia beritahu bahawa dia menolak tawaran Juventus kerana berasakan kelabnya sekarang, Hamburg setaraf dengan Juventus. Jadi, dia akan consider untuk berpindah jika mendapat tawaran daripada kelab superior macam Chelsea atau Arsenal. Promote diri nampak. ;) 

09 August 2011

TRANSFER RUMOURS MINGGU INI


Minggu ini, Chelsea dilaporkan akan cuba mendapatkan winger Porto yang membantu Uruguay menang Copa America 2011 iaitu Alvaro Pereira. Ini kerana AVB mahu menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Yuri Zhirkov yang berhijrah ke Anzhi Makhachkala minggu lepas dengan harga £13 juta. Chelsea akan cuba membida mamat ni dengan harga £25 juta. 

Dalam masa yang sama, Romelu Lukaku telah pun tiba di London semalam untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Cobham. Nilai Lukaku ialah sebanyak £20 juta iaitu dengan kontrak selama lima tahun. Paling best, keluarga Lukaku mendapat 25% daripada nilai tersebut. Dapat duit raya. LOL

Sementara itu, Chelsea juga akan membida Luca Modric buat kali terakhir dengan nilai £30 juta setelah tawaran sebanyak £22 juta dan £27 juta ditolak oleh Tottenham Hotspur. Kita tunggu dan lihat apa yang berlaku sebelum jendela perpindahan ini ditutup pada 31 Ogos 2011.


KTBFFH

07 August 2011

YURI ZHIRKOV TINGGALKAN CHELSEA


Setelah kecewa berada di Chelsea, akhirnya Yuri Zhirkov telah membuat keputusan untuk menyertai kelab di Rusia iaitu Anzhi Makhachkala. Zhirkov sertai Chelsea pada Julai 2009 daripada CSKA Moscow. Namun, kecederaan lutut yang dialami oleh beliau membataskan peluangnya untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama. Sejak menyertai Chelsea selama dua tahun, Zhirkov hanya diturunkan sebanyak 32 kali dalam kesebelasan utama dan 17 kali sebagai pemain gantian. Apa pun, footballcrazie ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Zhirkov. Jasamu kami kenang. ;)


KTBFFH

LIVE UPDATED!! ( Manchester City vs Manchester United ) 9:30 PM


Tepat pukul 9.30 malam nanti, bermulalah demam BPL. Perlawanan pembukaan untuk BPL, iaitu FA Community Shield antara Manchester City vs Manchester United. Macam biasa, silalah lompat terus ke LIVE!!

MIKEL OUT, MODRIC MARI


Semalam, midfielder Chelsea, John Obi Mikel cedera semasa perlawanan persahabatan terakhir Chelsea menentang Rangers F.C yang berkesudahan Chelsea menang 3-1. Tahniah buat Sturridge yang menjaringkan dua gol untuk membantu Chelsea menang semalam. Mikel cedera semasa separuh masa perlawanan. Sebelum diturunkan dalam game tersebut, AVB sendiri akui bahawa Mikel dah mengalami kesakitan beberapa hari dalam sesi latihan dan dia disuntik dengan ubat tahan sakit. Namun, kesakitan itu tidak dapat dibendung lagi. Lepas ini Chelsea mungkin akan cuba bid habis-habisan untuk mendapatkan Luca Modric memandangkan seorang pemain midfielder dah out. ;p


p/s: Petang karang akan berlangsungnya majlis berbuka puasa anjuran MBAS Sabah. Siapa yang tinggal dekat Sabah/Sarawak tu, bolehlah rujuk butiran lanjut kat sini : Majlis Berbuka Puasa Anjuran MBAS Sabah.

ROMELU LUKAKU SARUNG JERSI BIRU MUSIM DEPAN


Akhirnya, Anderlecht telah mengumumkan bahawa kata sepakat telah pun dipersetujui antara mereka dan Chelsea terhadap pembelian Romelu Lukaku. Lukaku, 18, sebelum ini pernah beritahu bahawa dia mahu mencontohi idolanya, Didier Drogba. Pada musim lepas, Lukaku menghasilkan 16 gol daripada 37 penampilan bersama Anderlecht. Lukaku akan ke London minggu depan untuk pemeriksaan kesihatan. Namun, jumlah pembayaran yang dibelanjakan oleh Chelsea dirahsiakan. Kalau nak diikutkan, bulan lepas Chelsea bid £18 juta. Maybe up sikit kot. Lepas ni cepat-cepat beli jersi no.14. ;)


KTBFFH

MBAS F.C VS BINTANG MERAH UNITED F.C


Sebelum perkara ni semakin sejuk, footballcrazie mahu beritahu bahawa pada Jumaat lepas, 5/8/2011. Pasukan futsal MBAS telah pun mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan fans Manchester United iaitu Bintang Merah United F.C. Perlawanan tersebut berlangsung dengan meriah dan penuh dengan semangat kesukanan antara kedua-dua belah pihak. Namun, pasukan futsal MBAS nyata tiada tandingan apabila membelasah Bintang Merah United F.C dengan jaringan 21-3. Tahniah untuk MBAS. Kepada sesiapa yang mahu mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan futsal MBAS. Anda boleh menghubungi setiausaha sukan kami iaitu : 

  • Nyna : 017-2109313

06 August 2011

LIVE UPDATED!! ( Rangers F.C vs Chelsea ) 10:00 PM


Jangan lupa saksikan perlawanan persahabatan persahabatan antara Rangers F.C vs Chelsea pada pukul 10.00 malam nanti. Kita tengok siapa yang kena? Macam biasa, silalah lompat terus ke LIVE!!

05 August 2011

ANDRE VILLAS-BOAS TIDAK MAHU MEMBELI PEMAIN


Andre Villas-Boas beritahu kepada media bahawa beliau gembira dengan prestasi keseluruhan para pemain Chelsea . Lagi best, AVB nak kekalkan skuad yang beliau miliki ini tanpa melakukan sebarang pertukaran pemain untuk musim 2011/12. Beliau berkata :


"Secara jujur, saya rasa kami tidak perlu lagi perubahan. Kami hanya akan memasuki pasaran jika terdapat pemain yang cedera atau meninggalkan kelab."

Erm, nampaknya, fans Chelsea tengok muka lama lagilah musim depan. ;) Paling penting, ini adalah misi membalas kepercayaan fans the Blues di atas persembahan buruk pada musim lepas.


KTBFFH

ORIOL ROMEU SAH MILIK CHELSEA


Finally, Chelsea telah pun berjaya mendapatkan pemain muda Barcelona yang juga seorang pemain pertahanan tengah yang boleh turun bermain di posisi defensive midfielder. Oriol Romeu, 21, berasal dari Sepanyol dibeli oleh Chelsea dengan harga £4.3 juta. Namun, dalam perjanjian tersebut termaktub bahawa Barcelona bolah membeli bekas pemain mereka ini pada penghujung musim dengan harga £9.5 juta. Barcelona dah pandai buat perjanjian jual-beli balik. Mungkin butthurt dengan Arsenal sebab tak nak release Cesc Fabregas. Tak nak sejarah berulang balik dekat Oriol Romeu. LOL. ;D


KTBFFH

03 August 2011

TAWARAN £10 JUTA UNTUK ALEX


Juventus kini bersedia untuk berbelanja £10 juta untuk mendapatkan kereta kebal Chelsea, Alex, yang dibeli daripada PSV Eindhoven pada 2007. Andre Villas-Boas dikatakan akan menjual beberapa pemain yang beliau tidak mungkin akan dibariskan dalam skuad utama. Namun, bagi footballcrazie, Alex tak mungkin akan tinggalkan Chelsea sebab beliau amat diperlukan tatkala Chelsea menentang pasukan yang kuat dan berpengalaman. ;)

CHELSEA BIDA ALEXANDRE PATO


Chelsea kini dilaporkan telah membuat tawaran kepada AC Milan untuk mendapatkan penyerang muda Brazil, Alexandre Pato. Dalam tawaran tersebut, Chelsea sudi membayar £20 juta dan pertukaran salah seorang pemain sama ada Nicolas Anelka atau Salomon Kalou. Erm, nampaknya Chelsea dah mula memasuki pasaran. Terbaik. ;)


KTBFFH

02 August 2011

TAUFAN EL NINO


Fernando Torres begitu teruja dengan gol first touch beliau ketika perlawanan final Asia Trophy menentang Aston Villa. Secara tidak langsung, itu merupakan gol pertama Torres sejak menyertai perlawanan jelajah pra-musim 2011. Torres berkata :


"Gol tersebut memberi keyakinan kepada saya terutama kerana gol tersebut mematikan game malam itu. Selepas ini, ia menjadi satu tugas yang mudah bagi saya."

Terbaik, Torres dah ada nafas baru untuk musim depan. Bagi footballcrazie, adalah tidak adil untuk menilai prestasi Fernando Torres kalau nak diikutkan pada musim lepas. Ini kerana pada waktu itu, satu team Chelsea tengah down. Kita sama-sama nilai prestasi beliau pada musim 2011/12 pula. ;)


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails