22 February 2011

LIVE UPDATED!! ( Blackpool vs Tottenham Hotspur ) 4.00 AM


Jangan lupa bahawa awal pagi esok ada perlawanan Premier League. Silalah ke tab LIVE!!

LIVE UPDATED!! ( FC COPENHAGEN vs CHELSEA ) 3.45 AM


Jangan lupa saksikan perlawanan secara langsung Champions League, awal pagi nanti hanya di LIVE!! Antara perlawanan menarik lain ialah pertemuan Olympique Lyon vs Real Madrid.


KTBFFH

SEMANGAT BARU THE BLUES

Sejarah membuktikan bahawa even with poor league runs, mana-mana kelab masih boleh menang Champions League. Ancelotti merujuk kepada saat dia membimbing AC Milan menang Champions League meskipun menamatkan musim di tempat ke-4, 36 mata ketinggalan dengan Inter Milan kendalian Roberto Mancini. Ancelotti berkata :


"Pada 2007 ia adalah situasi yang sama. Itu yang saya mahu kamu semua ingat."


Dua tahun kemudian, Liverpool berada ditangga ke-5 ketika menang piala Eropah itu. Ini bermakna, tersingkirnya Chelsea daripada liga domestik akan lebih membuka pintu mereka untuk fokus kepada saingan Eropah.

Kalah akan menjadi bencana. Namun Ancelotti mahu lihat lebih banyak sumbangan daripada Fernando Torres walaupun mamat ini masih tidak cergas 100%. Jadi, jangan lupa saksikan perlawanan Champions League, Copenhagen vs Chelsea, hanya di LIVE!! tepat pada pukul 3.45 pagi esok.

ANCELOTTI PASRAH

Selepas kalah penentuan sepakan penalti dengan Everton tempoh hari, Ancelotti kini hanya mempunyai Champions League untuk dijadikan sasaran bagi musim ini. Selain itu juga, Champions League mungkin penyelamat karier Ancelotti di Chelsea. Namun, beliau berkata :


"Saya tak perlu bimbang kedudukan saya, Ia terletak pada budi bicara Abramovich. Setiap kali pasukan gagal, semestinya manager akan berasa tertekan. Ini adat bolasepak. Namun, saya berbangga sebab mendapat sokongan penuh daripada kelab serta para pemain. Bersama-sama, kami mampu berubah."

Kemampuan Chelsea bakal teruji dengan pertemuan menentang Copenhagen pada Rabu, 3.45 pagi waktu Malaysia. Seminggu lepas itu, kita akan menerima kunjungan kehormat daripada  pendahulu liga, Manchester United. Mampukah Chelsea bersaing?

KTBFFH

ANCELOTTI LEPAS GERAM

Nampaknya Ancelotti dah tak boleh pendam perasaan serta jaga hati pemain lagi. Semalam beliau secara terbuka beritahu yang kesemua pemain Chelsea under performance. Hanya Petr Cech, dan dua orang pemain pertahanan sahaja yang on-form. Ditanya oleh media siapa yang beliau rasakan bagus dalam setiap games, beliau berkata :


"Pada masa sekarang? Ivanovic dan Terry, mereka amat konsisten. Manakala yang lain tidak cergas 100%. Namun, pasukan masih lagi seimbang."

Ancelotti juga beritahu yang episod malang menimpa Chelsea untuk FA Cup akan dibalas balik dalam perlawanan menentang Copenhagen nanti. Harap-harap macam itu la. =)

KTBFFH,
Related Posts with Thumbnails