19 February 2011

FORMULA MATEMATIK UNTUK CHELSEA


Dah macam final FA Cup pula aku tengok game malam ini. Kecewa dengan persembahan Chelsea, namun tahniah buat Everton yang tak berputus asa. Tetapi, tendangan penalti memang susah. Kalau tak percaya, cuba la tendang penalti di PENALTY-SHOOT-OUT!! =)

KTBFFH

LIVE UPDATED!! ( Chelsea vs Everton ) 8.30 PM


Jangan lupa saksikan replay Chelsea vs Everton malam ini. Maaf silap inform. Silap beritahu game ni malam esok. I'm sorry!

KTBFFH

ANCELOTTI NEKAD BENTUK TORRES

Ancelotti berkata kepada media yang beliau akan berusaha untuk mengembalikan ketajaman Torres selama ini. Beliau berkata :


"Torres tidak cergas 100%, tetapi dia akan hasilkan gol. Dia akan berusaha untuk lakukan yang terbaik. Pada tahun lepas, dia mempunyai masalah lutut dan masih bermain untuk Piala Dunia 2010. Kami akan membantu Torres untuk pulih."

FYI, Torres dan David Luiz tidak boleh bermain untuk FA Cup sebab pada musim ini Torres dah pun mewakili Liverpool untuk peringkat ke-3 manakala David Luiz pula tidak berdaftar untuk siri kejuaraan ini.


KTBFFH

FERNANDO TORRES DAN DIDIER DROGBA

Ancelotti tidak menolak kemungkinan akan menggandingkan dua penyerang Chelsea iaitu Torres dan Drogba dalam satu game. Sebelum ini, Ancelotti pernah berbuat demikian ketika menentang Liverpool. Namun, ia tampak tidak menjadi. Lepas tu, Ancelotti terus buat perubahan. Dia meletakkan Torres dalam kesebelasan utama, namun turut tidak menjadi. Apakah perancangan Ancelotti untuk perlawanan menentang Everton malam ini?

KTBFFH,

SAYA AKAN TINGGALKAN CHELSEA - ANCELOTTI

Ancelotti beritahu yang dia tidak akan teragak-agak untuk tinggalkan Chelsea jika The Blues gagal mendapat tempat 4 teratas liga. Jika gagal, bermakna Chelsea tidak layak untuk beraksi untuk Champions League pada musim lepas. Satu episod malang macam pasukan Liverpool.

Namun, Ancelotti percaya Chelsea mampu mencapai target itu sekiranya beliau mampu membentuk Torres untuk kembali berbisa. Beliau berkata:


"Saya tidak mahu bimbing pasukan yang tidak layak beraksi untuk Champions League sebab itu merupakan pertandingan berprestij dalam dunia. Namun saya optimis Chelsea mampu tamatkan musim ini dalam senarai Top 4."

Ancelotti juga bagi hint yang Drogba akan bermain untuk kesebelasan utama untuk pertemuan Chelsea vs Everton malam karang. Anelka, masih belum pasti. Kita tunggu aje la.
Related Posts with Thumbnails