27 January 2011

LEICESTER CITY MAHU PINJAM AANHOLT

Leicester City diberitakan akan mendapatkan pemain sayap Chelsea, Patrick van Aanholt, 20, secara pinjaman. Sebelum ini, Chelsea telah umumkan bahawa Aanholt bukan untuk dijual. Jadi, Leicester City pinjamlah. Hehe ;p

TERKINI: Laman sesawang Leicester City telah umumkan yang mereka telah pun selesai membuat urusan pinjaman Aanholt daripada Chelsea. Aanholt akan turun beraksi untuk Leicester City pada 1 Februari depan.

CHELSEA NAFI URUSNIAGA RM252 JUTA

Chelsea semalam mendedahkan bahawa pihak mereka tidak pernah membuat urusniaga bernilai RM252 juta untuk membida pemain duo Atletico Madrid iaitu Sergio Aguero dan Diego Godin sebagaimana yang diumumkan oleh Atletico Madrid. Jurucakap Chelsea berkata :


"Kami tidak akan sesekali memberi sebarang komen terhadap spekulasi ini. Kami tidak mengira mana-mana kelab sekali pun."

Erm, susah nak percaya tentang transfer rumours ni. Apa pun, yang penting kita tunggu je la siapa yang bakal Chelsea bawa masuk sebelum bulan Januari ini berakhir.


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails