26 May 2011

TERBAIK !! AGUERO BUKAN UNTUK REAL MADRID

Berita terbaik dari ladang. GM Atletico Madrid, Miguel Angel Gil Marin memberitahu bahawa dia telah pun bercakap mengenai kemungkinan Real Madrid berminat terhadap Sergio Aguero dengan Presiden Real Madrid sendiri, Florentino Perez. Hasilnya, Perez memberitahu bahawa Real tidak berminat untuk mendapatkan Aguero. Ini menjadikan Aguero kembali menjadi target utama Chelsea dan Machester City yang sanggup berbelanja untuk mendapatkan penyerang Argentina bernilai £40 juta ini.


p/s: Real Madrid pecat GM mereka, Jorge Valdano sebab tak sebulu dengan Jose Mourinho. Di Chelsea? Lu pikir la sendiri. ;p 

STURRIDGE MAHU BERMAIN BERSAMA McEACHRAN

Penyerang Chelsea, Danny Sturridge mahu Chelsea membuka peluang kepada pemain muda untuk musim depan setelah skuad senior gagal melaksanakan pada musim ini. Selain itu juga, Sturridge turut menyebut nama McEachran, 18, sebagai salah seorang pemain yang boleh membantu Chelsea pada musim depan. Sturridge berkata :


"McEachran akan menjadi pemain unggul di Chelsea. Ini kerana dia mempunyai ciri-ciri midfielder yang bagus. Saya tidak rasa usia akan mempengaruhi permainannya di atas padang. Dia akan diturunkan pada musim depan memandangkan dia telah pun bersedia sekarang."

Terbaik, aku memang suka McEachran. Kreatif. Ball passing yang menarik. At least Chelsea ada pengganti apabila Lampard bersara nanti.  


KTBFFH

AGUERO MAHU CABARAN BARU? COME TO CHELSEA !!

Update : Aguero mahu ke Real Madrid!!


Penyerang sensasi Atletico Madrid, Sergio Aguero, 22, telah membuat kenyataan media bahawa dia telah bersedia untuk meninggalkan Vicente Calderon pada musim panas ini. Namun, ke mana hala tuju mamat ini? Aku harap Aguero pilih Chelsea setelah Atletico Madrid enggan menjual pemain mereka ini kepada Real Madrid. Aguero berkata :


"Saya telah membuat keputusan dan kelab harus menghormati keputusan ini. Sebelum ini saya telah pun memberitahu kepada kelab bahawa saya akan berhijrah apabila tiba masanya. Kini, masanya telah tiba."


Erm, maybe Aguero tahu bakat dia tidak akan ke mana jika stay di Atletico Madrid. Selain Chelsea dan Manchester City, Aguero turut menjadi tarikan kepada kelab Itali iaitu Juventus dan Inter Milan. 

PENGHINAAN BUAT ANCELOTTI

Pemecatan manager Chelsea, Carlo Ancelotti membawa kerosakan kepada dunia bolasepak menurut pengerusi League Managers' Association (LMA), Richard Bevan. Ancelotti dipecat serta-merta setelah baru sahaja selesai melakukan post interview game bersama-sama para wartawan. Bevan berkata :


"Apa yang Chelsea lakukan terhadap Ancelotti merupakan satu penghinaan kepada manager, penyokong, kelab serta Premier League. Dalam hal ini, Roman Abramovich memrlukan beberapa orang penasihat jika ingin menang Champions League."

Seriously, kesian dekat Ancelotti. Habis madu, sepah dibuang. Apa pun, jom kita layan fakta di bawah tentang pencapaian untuk setiap manager dibawah era Roman Abramovich.


Rekod pengurus di bawah kendalian Roman Abramovich :

• Guus Hiddink 2.43 mata/match
• Avram Grant 2.24
• Jose Mourinho 2.23
• Carlo Ancelotti 2.03
• Claudio Ranieri 1.98
• Luiz Felipe Scolari 1.97


NEYMAR MAIN TARIK TALI

Nampaknya, Neymar sekali lagi cuba bermain tarik tali dengan Chelsea apabila mengeluarkan mesej "come and get me" melalui media. Pada musim lepas, mamat ni turut melakukan perkara yang sama. Namun, memilih untuk kekal di Santos setelah mendapat nasihat daripada lagenda Brazil, Pele. Apa pun, kali ini Neymar betul-betul mahu berhijrah ke Stamford Bridge setelah menyaksikan geng bas sekolahnya, Ramires dan David Luiz cemerlang di Chelsea. Neymar berkata :


"Saya gembira sebab minat yang ditunjukkan oleh Chelsea untuk mendapatkan saya. Namun, pada waktu itu saya rasa adalah lebih elok untuk kekal di Santos. Saya telah bercakap dengan Ramires dan David Luiz, mereka berkata England merupakan tempat yang bagus serta indah."

 Terbaik, tak sabar nak tengok adakah Neymar mampu survive di Premier League? Ye lah, sebab di Premier League stock main tackle kasar. =D
Related Posts with Thumbnails