Showing posts with label feedback. Show all posts
Showing posts with label feedback. Show all posts

13 October 2011

THOMAS MULLER TOLAK TAWARAN DARIPADA CHELSEA FC


Bintang sensasi Jerman, Thomos Muller, 22, berkata bahawa dia pernah menolak tawaran daripada Chelsea selepas Piala Dunia 2010. Muller menghargai tawaran tersebut namun terpaksa menolak peluang itu sebab dia baru setahun beraksi untuk aksi pro. Dia tahu jika dia membuat keputusan untuk sertai Chelsea, dia akan berada di bangku simpanan dan ini tidak bagus untuk perkembangan karier dia sendiri. Betul jugak tu, tengok apa yang berlaku dekat Yuri Zhirkov. Lastly, terpaksa ambil keputusan untuk keluar daripada Chelsea sebab tak dapat main. :)

15 September 2011

RAUL MEIRELES LEBIH SELESA DI CHELSEA


Raul Meireles  berkata bahawa dia kini lebih selesa beraksi di Chelsea berbanding di Liverpool dulu kerana di Chelsea lebih ramai pemain yang berasal daripada Portugal termasuk AVB yang pernah bekerjasama dengan Meireles. Malah, dia sendiri akui rasa bersendirian berada di Liverpool kerana tiada pemain yang sekampung dengannya. Dengan adanya kelibat seperti Bosingwa, Ferriera dan Hilario, secara tak langsung ini membantu Meireles berkomunikasi dengan rakan sepasukan yang lain termasuk untuk meluahkan perasaan. Hahaha :D. Apa pun footballcrazie puji permainan Meireles yang cepat blend dalam pasukan.


KTBFFH

10 September 2011

CHELSEA TIDAK CUKUP LAJU - FERNANDO TORRES


Tatkala kedudukan Torres semakin tergugat di Chelsea, beliau menyalahkan cara permainan rakan sepasukannya yang tidak cukup pantas. Dalam masa yang sama, Torres beritahu bahawa Chelsea mempunyai ramai pemain tua yang mengakibatkan rentak permainannya berubah. Namun, Torres gembira dengan kehadiran Juan Mata dan Daniel Sturridge yang kembali daripada penggantungan tiga game di awal musim ini akibat mengutip kad merah ketika perlawanan terakhirnya bersama Bolton Wanderers. Beliau yakin dengan kemasukan dua pemain ini, tempo Chelsea akan lebih meningkat. Footballcrazie harap Torres tidak dipulaukan oleh rakan sepasukan akibat komen ini. Apa pun, semuanya kerana kebaikan bersama. Jangan lupa menyaksikan game Sunderland vs Chelsea pukul 10 malam nanti di kedai mamak atau stream online hanya di LIVE ;)


KTBFFH

08 September 2011

RAUL MEIRELES SAYANGKAN LIVERPOOL


Midfielder baru Chelsea, Raul Meireles,28, meluahkan perasaannya yang dia memang tak mahu tinggalkan Liverpool. Namun, oleh kerana Liverpool memang berhasrat untuk menjualnya, Meireles memilih Chelsea sebagai kelab barunya untuk musim ini. Meireles sendiri akui bahawa AVB banyak mempengaruhinya untuk ke Chelsea. Tambahan pula mereka pernah bekerjasama ketika Meireles bermain untuk Porto suatu ketika dahulu. FYI, Meireles dibeli daripada Liverpool dengan harga £12 juta. 

Ditanya tentang siapa yang rapat dengannya di Chelsea, Meireles segera menjawab Bosingwa banyak membantunya. Yelah, satu kampung katakan (Portugal). Footballcrazie tak sabar nak tunggu debut Meireles pada game menentang Sunderland pada Sabtu nanti. Harap AVB turunkan Meireles. ;)


KTBFFH

23 August 2011

MALOUDA TERKENANGKAN CARLO ANCELOTTI


Malouda beritahu bahawa dia masih lagi bersimpati dengan nasib yang menimpa bekas manager Chelsea yang ke-26, Carlo Ancelotti. Ancelotti dipecat serta-merta setelah tewas dalam perlawanan terakhir menentang Everton pada musim lepas. Malouda rasa Ancelotti harus diberi peluang. Ini kerana beliau pernah membawa kejayaan dalam Chelsea untuk jadi juara berganda.

Namun, nasib tidak menyebelahi Ancelotti apabila musim berikutnya Chelsea mengalami kemerosotan prestasi tahap gaban. Kali ini, Malouda mahu Chelsea memberi muka kepada Andre Villas-Boas dan tidak mudah pecat manager sebab Chelsea memerlukan konsistensi. Dalam masa yang sama, Malouda mengalu-alukan kedatangan Juan Mata ke Chelsea dan menyifatkan kehadiran Mata akan menambah mata dalam skuad Chelsea. LOL. :D

CHELSEA MASIH LAGI BERBISA - JOHN TERRY


John Terry beritahu kepada media bahawa Chelsea masih lagi menjadi pilihan untuk musim ini meskipun BPL disertai kebangkitan oleh pasukan Liverpool dan Manchester City. Terry turut menyangkal bahawa otai  seperti dia, Lampard dan Drogba harus disisihkan kerana faktor usia. Malah, Terry yakin nama-nama seperti merekalah yang menetapkan tahap sebenar pemain untuk beraksi di Chelsea. Betul tu, footballcrazie sokong 100%. Tanpa mereka, Chelsea hilang identiti. :)


KTBFFH

12 August 2011

ELJERO ELIA MAHU KE CHELSEA


Ketika ini, Chelsea tengah cari dua orang pemain lagi iaitu seorang winger dan seorang midfielder. Terbaru, Eljero Elia beritahu bahawa dia menolak tawaran Juventus kerana berasakan kelabnya sekarang, Hamburg setaraf dengan Juventus. Jadi, dia akan consider untuk berpindah jika mendapat tawaran daripada kelab superior macam Chelsea atau Arsenal. Promote diri nampak. ;) 

02 August 2011

TAUFAN EL NINO


Fernando Torres begitu teruja dengan gol first touch beliau ketika perlawanan final Asia Trophy menentang Aston Villa. Secara tidak langsung, itu merupakan gol pertama Torres sejak menyertai perlawanan jelajah pra-musim 2011. Torres berkata :


"Gol tersebut memberi keyakinan kepada saya terutama kerana gol tersebut mematikan game malam itu. Selepas ini, ia menjadi satu tugas yang mudah bagi saya."

Terbaik, Torres dah ada nafas baru untuk musim depan. Bagi footballcrazie, adalah tidak adil untuk menilai prestasi Fernando Torres kalau nak diikutkan pada musim lepas. Ini kerana pada waktu itu, satu team Chelsea tengah down. Kita sama-sama nilai prestasi beliau pada musim 2011/12 pula. ;)


KTBFFH

FABIO CAPELLO MAHU MCEACHRAN DIPINJAMKAN


First & foremost, kamu jangan mengeluh pula dengan tajuk entri dekat atas. Ini kerana manager England, Fabio Capello, memberi cadangan itu jika Chelsea tidak mahu menurunkan Joshua Mark McEachran ini dalam kesebelasan utama pada musim 2011/12. Ini kerana beliau tidak mahu bakat yang ada pada mamat ini dipersia begitu sahaja. Capello mengambil contoh kepada Jack Wilshere yang mana Arsenal meminjamkan pemain muda itu ke Bolton Wanderers pada musim 2009/10. Hasilnya, Jack Wilshere kembali dalam kesebelasan utama sekarang dengan prestasi yang awesome. Perkara yang sama turut boleh diapply untuk McEachran. Kelab mana yang paling sesuai? Mana lagi kalau bukan di Bolton Wanderers. ;)


KTBFFH

30 July 2011

MANCHESTER CITY ADA POTENSI - AVB

Andre Villas-Boas beritahu kepada media bahawa perbelanjaan yang dilakukan oleh Manchester City adalah satu kelebihan mutlak mereka. Beliau juga percaya Manchester City kini lebih serius untuk mencabar liga Premier. Kalau dulu, Chelsea yang berbelanja besar. Kini, Barclays Premier League dah ada satu lagi pasukan yang kaya nak mampus. Apa pun, kita tunggu dan lihat siapa yang kena pada musim baru nanti. ;)


KTBFFH

AVB NAFI BURU JOAO MOUTINHO

Andre Villas-Boas menafikan dakwaan media yang beliau akan cuba dapatkan midfielder Porto, Joao Moutinho. Beliau akui Chelsea memang ada membuat tawaran terhadap Luka Modric. Namun, AVB melihat buat masa ini Chelsea tidak perlu memburu sesiapa memandangkan telah sign Oriol Romeu daripada Barcelona. Beliau kini lebih ke arah menetapkan cara permainan pemain Chelsea berbanding melakukan rombakan pemain secara besar-besaran. 

Terbaik. Kalau tukar players secara mengejut nanti rosak pula pasukan macam Manchester City. Dah hilang seri meskipun dibintangi oleh players 5 stars. ;)

29 July 2011

MIKEL RASAI CABARAN

Midfielder Chelsea, John Obi Mikel telah rasai kehangatan yang akan mereka tempuhi pada musim 2011/2012 apabila banyak pasukan telah pun berbelanja besar. Beliau juga percaya bahawa perkara ini bakal menyukarkan mana-mana pasukan untuk bersaing nanti. Mikel berkata :


"Ia amat sukar untuk menang trofi pada musim depan. Saya rasa ia akan menjadi musim yang paling lasak untuk Chelsea tempuhi. Namun, Chelsea tidak akan mengalah dan akan turut sama berjuang."

Terbaik. Tak sabar footballcrazie nak tunggu Chelsea enter the transfer window. Kita tunggu dan lihat siapa pemain baru yang bakal Andre Villas-Boas serapkan untuk pasukan pilihannya nanti. ;)


KTBFFH

26 July 2011

BERLAKU PERUBAHAN DIBAWAH AVB - PETR CECH

Petr Cech dapati tidak banyak perubahan yang Andre Villas Boas lakukan buat masa ini. Namun, bekerja bersama satu kumpulan backroom staff yang baru seolah-olah memberi nafas segar dalam skuad. Cech akui bahawa setiap kali manager masuk, mereka akan menetapkan falsafah permainan mereka dalam pasukan dan pemain harus mengikutinya. Cech berkata :

"Tiada manager yang kekal lama di Chelsea kecuali Jose Mourinho sejak Abramovich pegang Chelsea. Malah, TSO sendiri telah menetapkan par yang tinggi untuk manager baru. Apa yang istimewa bagi AVB ialah beliau pernah menjadi backroom staff ketika di zaman TSO. Kini, satu pembaharuan yang drastik telah berlaku."

Frankly telling, footballcrazie suka cara AVB pilih pemain dalam kesebelasan utama kerana beliau beritahu sesiapa yang perform semasa latihan, pemain itulah yang akan diturunkan untuk sesuatu match. Ini bermakna, tiada orang yang kebal dalam Chelsea F.C. Jadi, ini akan mewujudkan persaingan sihat antara para pemain.


KTBFFH

p/s: Footballcrazie predict Yuri Zhirkov bakal membarisi kesebelasan utama musim ini. ;)

15 July 2011

ZHIRKOV MAHU BERAKSI DI BAWAH ANDRE VILLAS BOAS

Midfielder kiri yang juga boleh bermain sebagai left-back, Yuri Zhirkov beritahu kepada media yang dia tidak berhasrat untuk tinggalkan Chelsea pada musim ini meskipun dikhabarkan mendapat perhatian daripada kelab Rusia, Dynamo Moscow. FYI, Zhirkov menyertai Chelsea daripada CSKA Moscow pada 2009. Bagi footballcrazie, Zhirkov patut diberi peluang untuk beraksi memandangkan jarang mendapat peluang untuk bermain dalam first eleven. Harap Andre Villas Boas menurunkan players berdasarkan prestasi bukan sebab mereka pernah bermain dalam first eleven. Siapa perform, dia layak bermain. =)

12 July 2011

GARY MABBUTT MAHU MODRIC KEKAL DI SPURS

Bekas kapten Spurs, Gary Mabbutt menyeru kepada Tottenham Hotspur supaya cuba sebaik mungkin untuk pertahankan Luca Modric daripada dijual. Dalam masa yang sama, beliau meminta agar sekali lagi rundingan diadakan antara Modric dan Daniel Levy. Mabbutt juga menasihati Levy supaya meyakinkan Modric bahawa masa depannya cerah di White Hart Lane. Namun, jika Modric masih lagi tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah, tiada guna untuk menyimpan pemain yang tidak gembira dalam skuad. Ini bakal menjejaskan reputasi pemain itu sendiri.

Bagi footballcrazie, jual je la Modric. Boleh tengok Modric perform di Stadium Bukit Jalil. Tetapi, dengan masa yang tinggal cuma lebih kurang 9 hari, sempat ke? ;)

p/s: Ha, kan footballcrazie dah cakap Argentina boleh menang jika tidak turunkan Carlos Tevez. =)

06 July 2011

ASIAN TOUR 2011 PENTING BUAT CHELSEA FC

Fans Chelsea di Malaysia tak perlu bimbang lagi samaada Chelsea mungkin akan membatalkan tour mereka di Malaysia. Ini bukan kerana Bersih v2.0 atau seantero dengannya. Cuma, Andre Villas-Boas sedar betapa pentingnya jelajah pra-musim di Asia. Boas akui event ni Chelsea gunakan untuk menaikkan brand Chelsea di Asia dalam masa yang sama sebagai latihan sebelum memulakan kempen Premier League untuk musim depan. Boas berkata :


"Ia adalah penting untuk mengembangkan jenama Chelsea di pasaran Asia. Ini sebagai pendedahan dan promosi kami kepada mereka."

Jadi, korang semua tak perlulah risau tentang kedatangan Chelsea ke Malaysia sebab big boss pun dah bersuara. =) Peace yo!!

05 July 2011

FLOMO MAHU KEKAL DI CHELSEA

Florent Malouda atau nama manjanya 'Flomo' beritahu bahawa dia tidak berhasrat untuk berpindah ke kelab lain memandangkan dia mempunyai hubungan yang baik bersama Andre Villas-Boas. Kalau nak diikutkan, kontrak Flomo akan tamat pada 2013 namun dia meletakkan target untuk berada di Stamford Bridge sehingga 2014. Kalau nak diikutkan, musim 2009/10, mamat ni perform gila. Season lepas merudum habis. Footballcrazie tak salahkan dia sebab satu pasukan down. Footballcrazie harap Chelsea dapat mengembalikan corak permainan yang menarik pada 16/7/2011 menentang Portsmouth nanti. Flomo sertai Chelsea pada 2007 dan telah membuat 184 appearances untuk the Blues dengan menjaringkan 42 gol. Namun, jika Chelsea mahu menjual Flomo, kelab-kelab seperti Juventus dan Inter Milan sudi membuka pintu untuknya.


KTBFFH

04 July 2011

MANCHESTER UNITED PERJUDI NASIB - PETR CECH

Petr Cech percaya Manchester United memperjudikan nasib mereka untuk membawa David de Gea menggantikan van der Sar. Apakah de Gea mampu menjelmakan teknik sama dan sehandal bekas penjaga gawang Manchester United itu? Tambahan pula, de Gea hanya membuat 84 pernampilan dalam perlawanan profesional dan masih mentah. Cech berkata :

"Ia adalah satu kelebihan besar buat Man Utd kerana berjaya mendapatkan penjaga gol muda. Meraka boleh kekal lama di sesebuah kelab. Namun, ia juga merupakan satu perjudian sebab de Gea menyertai kelab yang memang terkenal dengan lagenda penjaga gol seperti Peter Schmeichel dan Edwin van der Sar. Sekarang kita tunggu dan lihat apa hasilnya."

Erm, terus-terang, dea Gea mendapat spotlight begitu tinggi dekat luar sana. Jangan jadi macam Tim Howard sudah. Mula-mula jer perform lepas tu.. hampeh! ;p

28 June 2011

BETULKAH ROMAN ABRAMOVICH SEORANG PENGACAU ?

Sebelum isu ini dikupas secara lebih lanjut, jom kita tengok sejarah. Sejak 2005, enam orang manager beliau telah pecat. Manager yang hampir berjaya menghadiahkan Champions League untuk Roman Abramovich ialah Avram Grant. Malangnya, Chelsea tewas dalam sepakan penalti dalam Champions League 2008 di Moscow. Grant berkata :


"Saya telah banyak membaca berita dalam akhbar mengatakan Abramovich seorang pengacau. Hakikatnya, tidak. Beliau akan menunaikan segala permintaan manager. Lihat sahaja kemudahan di kem latihan Cobham. Ia adalah yang terbaik. Selebihnya, beliau mahukan kejayaan."

Pasal part pengorbanan Abramovich ini footballcrazie memang tak nafikan. Terbaru, Abramovich bersedia untuk mengeluarkan duit untuk membeli dua players Porto iaitu Radamel Falcao dan Joao Moutinho di atas kehendak Andre Villas-Boas. Part yang tak bestnya, beliau mahukan kejayaan dalam satu musim dan kadang-kadang suka membeli pemain yang manager rasa tidak perlu. Biasalah, orang kaya. Kalau footballcrazie kaya macam Abramovich, selamba jer tapau tiket satu stadium bagi free dekat supporters Chelsea dan Malaysia. LOL

Jadi, apa komen anda? Baik atau buruk pengaruh si Roman Abramovich ni? =)

25 June 2011

SIAPA GURU ANDRE VILLAS-BOAS ?

Manager baru Chelsea, Andre Villas-Boas mengakui beliau dan Jose Mourinho banyak terhutang budi kepada mendiang Sir Bobby Robson. FYI, Robson banyak menurunkan ilmu kepada mereka berdua. Beliau beritahu mendiang seorang coach yang tidak kedekut ilmu sama macam footballcrazie. LOL. Mendiang merupakan antara individu yang mengekick startkan karier Villas-Boas. Sir Bobby Robson meninggal pada 2009 akibat penyakit kanser hati yang dialaminya. Jadi, persoalan telah terjawab. Bukan Jose Mourinho yang menjadi guru Andre Villas-Boas. So, jangan butthurt, Mourinho. =)
Related Posts with Thumbnails