27 February 2011

LIVE UPDATED!! ( West Ham United vs Liverpool ) 9.30 PM


Jom layan game ni di LIVE!!. Sejak Suarez main, aku pun minat tengok permainan Liverpool.

BALIK KAMPUNG

YES!!! Bukan aku nak internet tu, tetapi hari ini aku akan pulang ke kampung halaman, Kota Bharu, Kelantan. Tiket bas aku pukul 10 pagi. Antara items yang aku mesti bawa balik :

  • Notebook
  • Kasut futsal

Lama tak main futsal dengan Airborne FC. Lepas ni bot akan buat kerja, aku tidur dalam bas. Macam biasa, aku dah update highlight untuk semua games semalam di Download Highlight!! =D 

MALOUDA DIEJEK ?

Siapa kata main bola sepak tiada masa depan? ;p Terbaru, Florent Malouda muncul di kem latihan Chelsea, Cobham bersama kereta barunya. Dia juga mencipta sejarah sebab menjadi orang pertama dalam skuad utama Chelsea memakai kereta berkuasa elektrik. Ramai orang mentertawakan Malouda. Malouda berkata :


"Mereka ketawakan saya. Namun apabila saya menerangkan kelebihan kereta sport ini yang mesra alam dan lebih senyap, mereka kagum. Dengan adanya kereta ini, cara pemanduan saya bertambah baik. Saya dapat rasakan sumbangan saya kepada alam sekitar. Sekarang, saya dah tak perlu risau lagi kenaikan harga minyak RON97."

Macam-macam Malouda ni. =D

ASHLEY COLE TEMBAK ORANG ?

Nampaknya, Ashley Cole sudah mempunyai hobi baru iaitu menembak manusia. Insiden ini berlaku pada Ahad lepas. Ashley Cole tertembak trainee student pulak tu. Lepas ni mesti student tak nak buat praktikal kat Cobham. Pada mulanya, Cole ingat rifles yang dia bawa ni tidak berpeluru, jadi dia bergurau dengan menembak pelajar itu. 

Akhirnya, gurauan membawa padah, pelajar tersebut mengalami pendarahan. Abramovich meminta polis menyiasat perkara ini. Apa pun, Ashley Cole tetap turun ketika menentang Copenhagen pada Rabu lepas. Pihak Chelsea serta Ashley Cole diminta elak daripada membuat sebarang komen sebab tak nak besarkan cerita.

HARIMAU MUDA VS CHELSEA

Berita terbaik dari ladang gandum. Chelsea bakal mengadakan Asian Tour 2011 pada Julai nanti. Yang paling bestnya, mereka akan singgah di Malaysia untuk mengadakan persiapan untuk perlawanan persahabatan menentang Harimau Muda pada Khamis, 21 Julai 2011 di Stadium Bukit Jalil. 

Pada 24 Julai pula mereka akan menentang Thai Premier League All Stars di Stadium Kebangsaan Rajamangala, Thailand takkan di Papua New Guinea pula. ;p Untuk sebarang pertanyaan, tiket serta perubahan jadual, please check your local listing. Macam iklan WWE pula. =D
Related Posts with Thumbnails