07 July 2011

PEMAIN BARU LIVERPOOL

Liverpool telah pun dapat pemain midfield merangkap kapten Blackpool, Charlie Adam, 26, dengan harga £9 juta. Macam yang kita ketahui, Blackpool dah tersingkir ke liga Championship. Jadi, tak ada sebab untuk Charlie Adam tolak tawaran yang mungkin datang sekali dalam seumur hidup ini. Footballcrazie suka mamat ni sebab bagi footballcrazie, Adam merupakan seorang match winner ditambah pula dengan kepakarannya mengambil tendangan percuma. Modric dah stay kat Spurs dan tak jadi ke Chelsea untuk musim depan. So, who's next?

LUCA MODRIC JUMPA BIG BOSS

UPDATE (12:30 pm): Modric kekal di Spurs. =(

Terkini! Luca Modric dilaporkan telah berada di London bersama agennya untuk berbincang dengan pengurusi Spurs, Daniel Levy, berhubung niatnya untuk keluar dari White Hart Lane. Meskipun Levy dan Redknapp beritahu bahawa Modric bukan untuk dijual, Modric tetap berkeras untuk blah daripada Spurs. Kemungkinan besar Modric akan sertai Chelsea jika dia dilepaskan. Modric berkata :


"Hari ini saya berlepas ke London untuk berjumpa dengan Levy. Keesokkannya, saya ada training. Berkenaan dengan Chelsea, segalanya mungkin berlaku. Itu sahaja yang boleh saya komen."

Fuh, kenyataan yang membuatkan fans Chelsea tersenyum lebar sebab footballcrazie yakin jika Modric blah, itu kerana dia mahu sertai Chelsea. =)


p/s: Apa yang dah berlaku kepada Arsenal? Sorang-sorang key players nak blah..

LIVE UPDATED!! ( Argentina vs Colombia ) 8:45 AM

Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan kedua kumpulan A, Copa Amerika awal pagi ini hanya di LIVE!!  Jom tengok aksi Messi dan Falcao. Mampukah Messi membantu Argentina kali ini? 

CHELSEA MULAKAN SESSI LATIHAN HARI INI

Setelah lama bercuti, akhirnya pemain Chelsea telah pun melaporkan diri di kem latihan Chelsea bertempat di Cobham. Macam biasa, Ramires dan David Luiz masih belum tiba di London sebab mewakili Brazil dalam Copa Amerika 2011 di Argentina. Terbaik, kita tunggu players mana bakal beliau bawa masuk nanti. =)


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails