31 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Footballcrazie ingin ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam dan khasnya kepada pengunjung blog footballcrazie. Sedar tak sedar, malam ini 1 Ramadhan 1432H akan kembali. Moga Allah S.W.T memanjangkan umur serta memurahkan rezeki kita agar kita berkesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang. Paling pasti, Manchester United akan mengalami kemerosotan prestasi kerana kawan baik dia dah kena ikat. LOL. ;)


KTBFFH

PIHAK PENGURUSAN PUJI PRESTASI MCEACHRAN

Pihak pengurusan Chelsea kagum dengan progress yang dipamerkan oleh Josh McEachran sepanjang game pra-musim Chelsea. Sebelum mengikuti kem Chelsea untuk Chelsea Asian Tour 2011, McEachran telah sign kontrak lima tahun bersama Chelsea dengan gaji sebanyak £30,000 seminggu. Malah, Roberto di Matteo sendiri memuji kehebatan pemain muda ini. Beliau berkata :


"Josh seorang pemain yang berbakat besar. Sudah lama pemain daripada akademi tidak diturunkan dalam skuad utama. Namun, kali ini dia mampu menembusi benteng itu. Ia satu kemenangan besar untuknya serta England."

Semalam juga McEachran menjaringkan gol seawal minit pertama. Namun masih jauh kalau nak dibandingkan rekod penjaring gol terpantas di dunia yang dipegang oleh penyerang Al-Hilal, Nawaf Al-Abed ketika menentang Al-Shoalah. Korang boleh tengok gol terpantas tu kat bawah iaitu 2 saat..




TAHNIAH CHELSEA

Tahniah kepada the Blues yang merangkul trofi pertama iaitu Barclays Asia Trophy 2011. Percaturan AVB menjadi apabila Chelsea mendahului game dengan menjaringkan gol seawal minit pertama. Kredit harus diberikan kepada Nicolas Anelka yang begitu cemerlang mengucar-kacirkan kubu pertahanan Aston Villa. McEachran dan Torres meletakkan nama mereka sebagai penjaring dalam game tersebut manakala Frank Lampard dinamakan sebagai Man of the Match. Chelsea akan menentang Rangers F.C untuk game terakhir pra-musim mereka pada 6/8/2011 pada pukul 10.00 malam. ;)


KTBFFH

SIR ALEX FERGUSON KECEWA DENGAN SNEIJDER

Midfielder Inter Milan, Wesley Sneijder baru sahaja mengakibatkan SAF butthurt sebab demand gaji tinggi setaraf dengan Wayne Rooney. Mana tak nya, Sneijder menikmati gaji sebanyak £250,000 seminggu di Inter Milan. SAF beritahu bahawa Manchester United dah berhenti memburu mamat ni Sneijder sendiri yang meletakkan syarat terlalu tinggi untuk Manchester United. Tambahan pula, mereka dah jumpa pengganti kepada Scholes iaitu ... ANDERSON???? LOL. Kita tunggu dan lihat jer la macam mana Manchester United beraksi musim depan. Terlebih dahulu, mereka akan diuji oleh Manchester City untuk merebut piala Perisai Komuniti pada 7/8/2011. ;)
Related Posts with Thumbnails