21 June 2011

ANDRE VILLAS-BOAS MANAGER KE-27 CHELSEA

Finally, teka-teki sudah hampir terjawab. Terbaru, pihak Porto FC telah pun menerima fax perletakan jawatan daripada wakil Villas-Boas setelah Chelsea membayar £13.2 juta kepada Porto FC. Jadi, aku berani bertaruh bahawa Andre Villas-Boas akan menjadi manager ke-27 Chelsea FC untuk pilihanraya musim ini. Apa pun, salute juga dekat Guus Hiddink yang masih pegang janji untuk meneruskan karier beliau sebagai manager Turki. Tapi, jawatan Director of Football Chelsea turut disandang oleh Guus Hiddink. Apa lagi, malam ni jom makan lamb chop dekat Riang-Riang. =)


KTBFFH

BEKAS KAPTEN SPURS SOKONG MODRIC

Bekas kapten Tottenham, Gary Mabbutt mahu melihat Luka Modric dijual. Mabbutt berpendapat tiada guna menyimpan pemain yang mahu berpindah untuk sertai kelab pilihannya. Mabbutt berkata :


"Pasukan yang sertai Champions League menarik minat para pemain secara global. Apabila pemain mendapat peluang untuk bermain dalam kelab yang lebih bagus serta dapat bersaing dalam peringkat Eropah, pemain mungkin akan berfikir dua kali. Tiada guna menyimpan pemain yang tidak gembira. Gunakan duit yang dibayar untuk membina pasukan."

Sejujurnya, memang footballcrazie sokong buah fikiran Mabbutt. Bukan sebab ini blog Chelsea, tetapi atas dasar kesetiaan para pemain itu sendiri. Buat apa nak simpan pemain yang hati sudah tiada di kelab? Renung-renungkan, dan selamat beramal. =D

DANIEL LEVY SEDIA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Chelsea berkemungkinan besar akan dikenakan potongan mata sekiranya berkeras untuk memburu dan mempengaruhi Luka Modric untuk sertai the Blues. Chairman Tottenham, Daniel Levy, kini bersedia untuk membuat laporan kepada badan induk Premier League. Beliau menuduh Chelsea cuba membuat pendekatan secara haram untuk memikat Modric. FYI, Chelsea memang mempunyai sejarah buruk dalam memikat pemain yang mereka mahu. Pada 2005, Chelsea didenda £300,000 dan potongan 3 mata sebab memikat Ashley Cole secara haram daripada Arsenal.

Pada 2009 pula, FIFA menjatuhkan hukuman tidak boleh membuat sebarang pertukaran pemain akibat mempengaruhi Gael Kakuta, juga secara haram. Namun, nasib baik denda itu ditarik balik atas sebab-sebab tertentu. Apa pun, footballcrazie harap Chelsea turut menghormati kelab lain. =)

ALEXIS SANCHEZ MILIK BARCELONA

Finally, Barcelona telah pun mencapai perjanjian untuk mengikat winger Udinese, Alexis Sanchez. Harga mamat ini ialah £34 juta dan akan sign kontrak pada hari ini. Adoi, Premier League hilang permata sorang ini. Harap Ryan Bertrand boleh perform pun tak apa. =)
Related Posts with Thumbnails