19 May 2011

AL-FATIHAH UNTUK TELORDIBASUH aka ALLAHYARHAM HAKIM KAMAL

First and foremost, aku nak minta kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Tujuan aku postkan entri ini bukan sebab nak tingkatkan trafik tetapi sebagai tribute aku untuk arwah. Arwah merupakan pemilik blog telordibasuh. Aku dah anggap dia sebagai kawan rapat terbaik yang pernah aku ada. Namun, tanggal 19 Mei 2011, Allah SWT telah pun mengambil nyawa hambaNya ini. Arwah banyak memberi pendapat tentang footballcrazie. Tambahan pula, aku sebilik dengan arwah. Selepas ini mesti sunyi tanpa kelibatnya. Dibawah ada video saat manis aku bersama arwah, arwah orang yang baling mercun! : 



PERLUKAH PIRLO UNTUK CHELSEA?

Terbaru, Andrea Pirlo telah membuat achtung yang dia akan tinggalkan AC Milan untuk ke kelab lain pada musim panas nanti. Kontak Pirlo akan tamat pada bulan depan. Sebelum ini Pirlo dikaitkan dengan Chelsea, namun AC Milan tengah membuat rundingan bersama Juventus. Manchester City juga mungkin akan membeli Pirlo untuk menggantikan Patrick Vieira. Pirlo ditemui di pintu keluar ibu pejabat Milan berkata :


"Saya ke sini untuk ucapkan selamat tinggal. Saat 10 tahun bersama kelab amat sukar dilupakan. Saya harap AC Milan serta penyokong akan merindui saya."

Apapun, persoalan aku lagi sekali. Perlukah Chelsea membeli pemain yang dah berusia?
Related Posts with Thumbnails