30 March 2011

DR. JEKYLL DAN MR. HYDE

David Luiz akui personaliti dia berubah apabila menyarung jersi Chelsea. Selepas game tamat, dia akan kembali normal kepada perwatakan asalnya. Luiz berkata :


"Apabila saya menyarung jersi, personaliti saya berubah. Saya sukakan cabaran dan lasak. Kadang-kadang saya hilang sabar. Tetapi di luar padang, saya amat pendiam. Saya lebih suka tinggal di rumah serta menghabiskan masa dengan keluarga."

Fuh, memang berbeza perwatakan David Luiz ini. Erm, takkan tak keluar clubbing kot? LOL

COME AND GET ME - NEYMAR

Kali ini nampaknya Neymar betul-betul meninggalkan mesej supaya dapatkan dia dari Santos. Selepas menjadi wira menjaringkan dua gol untuk menewaskan Scotland, Neymar berkata :


"Chelsea adalah kelab yang bagus. Jika suatu hari terdapat tawaran, saya akan gembira untuk ke sana. Jika terdapat lagi tawaran dari Chelsea, kami akan duduk berbincang."

Terbaik, itulah mesej 'come and get me' daripada Neymar. Mungkin hati dia tergerak apabila tengok rakan-rakan lain seperti Ramires dan David Luiz berjaya di Chelsea. =) 
Related Posts with Thumbnails