05 June 2011

ASTON VILLA BURU ANCELOTTI

Terbaru, owner Aston Villa, Randy Lerner, mahu mendapatkan khidmat bekas manager Chelsea, Carlo Ancelotti untuk musim depan. Namun, mampukan Aston Villa memikat Ancelotti untuk bimbing mereka? Sama-sama kita tunggu kesudahannya. Terbaik, kasi pengajaran sama Abramovich. =D

MARK HUGHES ATAU GUUS HIDDINK ?

Baru-baru ini Fulham dikejutkan dengan perletakan jawatan oleh Mark Hughes. Secara tak langsung, semua media buat gosip liar tentang alasan Hughes buat begitu. Namun, persoalannya sekarang, antara Mark Hughes dengan Guus Hiddink, korang semua prefer siapa? Bagi Abramovich, beliau mahu dua individu ini bergabung di Chelsea. Hiddink, 64, sebagai director of football manakala Hughes, 47, sebagai first team coach. Only in Chelsea. =D 

"CHELSEA TETAP MUSUH UTAMA KAMI" - ROONEY



Meskipun Chelsea tidak memenangi sebarang trofi musim ini, Wayne Rooney enggan menolak cabaran Chelsea pada musim depan. Berita ini mungkin akan mengakibatkan Van Persie bertambah butthurt. LOL. 


Dalam masa yang sama Rooney turut beritahu bahawa Premier League dah tak sama macam dulu. Banyak pasukan dah power. Aku setuju!! Aku rasa istilah top 4 dah lenyap. Maybe jadi top 6. Kalau dulu selamba jer pasukan top 4 main away dan menang. Kini, susah woo.. 

"PILIHAN TEPAT" - SCOTT SINCLAIR



Erk, tajuk kat atas itu bukan pilihan tepat tentang awek si Sinclair iaitu Helen Flanagan, 21, tetapi keputusan dia untuk keluar daripada Chelsea. Jaringan hat-trick Sinclair pada Isnin lepas menentang Reading membantu Swansea sekaligus menjadi pasukan pertama Welsh yang layak ke Premier League.


Sinclair, 22, sebelum ini berada di Chelsea selama 5 tahun namun hanya diturunkan sebanyak 5 kali dan diloan sebanyak 6 kali. Erm, kalau aku berada di tempat dia pun aku tinggalkan Chelsea. LOL.


Sinclair beritahu bahawa keputusan yang beliau untuk sign kontrak bersama Swansea merupakan keputusan yang terbaik pernah dia lakukan. Apa pun, welcome to Premier League. =)
Related Posts with Thumbnails