12 August 2011

ORIOL ROMEU BAKAL TURUN FIRST ELEVEN ?


Orio Romeu mendakwa bahawa dia telah pun berbual dengan AVB berkenaan posisinya dalam skuad Chelsea. AVB beritahu yang dia mahukan midfielder yang mampu mendominasi perlawanan dalam posisi ini dan dia merupakan calon yang sesuai. Romeu berkata :


"Saya telah berborak dengan Andre Villas-Boas. Beliau mahukan pemain seperti saya yang mampu menjadi key player dalam setiap game. Saya juga turut mengagumi pemain seperti Lampard kerana kebolehannya di atas padang."

Kalau nak diikutkan performance mamat ni, memang terbaik daripada ladang. Romeu akan ke Chelsea sebaik sahaja saingan Piala Dunia U20 berakhir. ;)

KTBFFH

UMPAN BENAYOUN UNTUK MODRIC


Seperti kamu semua sedia maklum, Chelsea telah membuat tawaran untuk mendapatkan Luca Modric dengan meletakkan syarat pertukaran pemain antara Modric dengan Benayoun sebagai cara terakhir. Namun, sampai sekarang Spurs masih lagi berdiam diri. Yossi Benayoun, 31, menyertai Chelsea daripada Liverpool dengan harga £5.5 juta pada musim lepas. Dia hanya sempat bermain sebanyak sembilan kali sebelum mengalami kecederaan. Kita tunggu apa reaksi Spurs lepas ni. ;D

ELJERO ELIA MAHU KE CHELSEA


Ketika ini, Chelsea tengah cari dua orang pemain lagi iaitu seorang winger dan seorang midfielder. Terbaru, Eljero Elia beritahu bahawa dia menolak tawaran Juventus kerana berasakan kelabnya sekarang, Hamburg setaraf dengan Juventus. Jadi, dia akan consider untuk berpindah jika mendapat tawaran daripada kelab superior macam Chelsea atau Arsenal. Promote diri nampak. ;) 

Related Posts with Thumbnails