Baju hijau tu aku ler..yo87 |
Kali ini aku nak review tentang pengalaman LIVE SCREENING bersama geng-geng Malaysian Blues Army Kuala Lumpur (MBA KL) masa game Chelsea vs West Ham United tempoh hari. Lokasi berkumpul di Hallo Abe Mie Station, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Aku bertuah sebab dapat keluar bersama mereka. Mereka begitu peramah. Aku sempat bersalam dengan admin kelab. Aku berkata :
"Zaki! Baru dapat jumpa kau."
Tetapi dia blur. Dia tak cam aku. LOL. Hari ini baru dia sedar bahawa yang tegur dia malam itu ialah yo87. Tetapi yang bestnya, time tu juga Torres score. Melompat diorang. Aku cuma menjerit. Nak lompat segan pula. Terbaik dari ladang.