03 June 2011

ASHLEY COLE HARAP STURRIDGE KEKAL DI STAMFORD BRIDGE

Ashley Cole berharap agar Daniel Sturridge, 21, kekal di Stamford Bridge. FYI, Sturridge diloan ke Bolton pada musim lepas dan telah menjaringkan 8 gol daripada 12 game. Kini, Cole mahu Sturridge melakukannya dengan memakai jersi the Blues. Cole berkata :


"Saya lihat apa yang Daniel Sturridge telah lakukan untuk Bolton. Saya tahu kemampuannya. Saya harap apabila dia kembali ke sini, dia akan mendapat peluang untuk menjaringkan gol sebagaimana yang dilakukannya di Bolton."

Terbaik. Ancelotti pun pernah beritahu bahawa beliau nak pakai keringat Sturridge untuk musim depan, namun hasrat beliau tidak tercapai sebab dah kena pecat. Kita tunggu apa perancangan yang bakal disajikan oleh manager baru Chelsea iaitu....... ;p

TRANSFER RUMOURS

Seriously, aku rasa transfer rumours yang aku boleh percaya ialah kedatangan Lukaku ke Chelsea. Lupakan tentang Sergio Aguero yang mahu stay di Sepanyol. Lupakan juga Neymar yang belum confirm lagi. Terbaru, Lukaku bersedia untuk tentukan masa depannya selewat-lewatnya minggu depan sebelum bermulanya peperiksaan paper Geografi untuk diplomanya. Lukaku sebelum ini menolak secara terang-terangan untuk berhijrah ke Real Madrid sebab mahu ke Premier League. Apa pun, jom kita layan video "new Drogba" ini. Dah la besar, laju pula. =)

VAN PERSIE BUTTHURT?

Aku tak tahu apa masalah Van Persie terhadap Chelsea? Sejak dari dulu lagi dia tak puas hati dengan Chelsea. Terbaru, dia mengeluarkan komen bahawa Chelsea merupakan pasukan yang suka mempengaruhi keputusan pengadil. Dalam masa yang sama, dia turut menyalahkan pemain kebangsaan Sepanyol. Persie berkata :



"Pemain Chelsea sentiasa memperalatkan pengadil perlawanan. Saya tak boleh terima perbuatan mereka. Just shut the f*** up dan fokus main bolasepak dah la.."


Apa komen aku? Aku rasa Van Persie ni meroyan kot. Tak ada isu lain nak dibawa. Benda yang aku annoy dengan mamat ni pun ada. Persie sentiasa buat-buat tak dengar masa pengadil tiup wisel samada offside atau fouls. Bukan sekali, tetapi banyak kali terjadi..... ;D
Related Posts with Thumbnails