09 March 2011

LIVE UPDATED!! ( Tottenham Hotspur vs AC Milan ) 3.45 AM



Jangan lupa saksikan perlawanan Champions League peringkat ke-16, second leg hanya di LIVE!! Perlawanan Everton vs Birmingham City turut berlangsung pada pukul 4 pagi. =)

5 GAME TANPA GOL

Sebelum ini aku dah keluarkan entri 4 GAME TANPA GOL untuk menunjukkan yang Torres ini dah kemarau gol tahap cipan. Terbaru, Blackpool vs Chelsea. Torres macam tak wujud. LOL Namun, dia berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Blackpool. Kalau aku jadi Lampard, gol kedua itu akan aku passing kepada Torres. Biar dia score. Harap selepas ini aku tidak akan keluarkan entri 6 GAME TANPA GOL. ;p


KTBFFH

PENGARUH SIR ALEX FERGUSON?

Kali ini giliran manager Blackpool, Ian Holloway menyalahkan pengadil game semalam iaitu Mike Dean. Katanya :


"Kalou cepat cari peluang untuk jatuhkan badan manakala Mike Dean pula terburu-buru memberikan sepakan penalti."

Memang aku akui yang Kalou menunggu chance tersebut. Tetapi itulah adat main bolasepak. Minggu ini kita banyak tengok perlawanan yang mana pengadil menjadi topik perbualan utama. Aku tak kisah janji Chelsea menang. =D

PENGAJARAN BUAT ANCELOTTI

Ancelotti beritahu kat media yang beliau banyak belajar daripada musim kejatuhan Chelsea sejak 4 bulan lepas. Semestinya, benda negatif la. Beliau berkata :


"Setiap pengalaman itu membuatkan saya lebih berfikiran terbuka. Meskipun pengalaman itu pahit, ia mengajar saya untuk lebih memahami diri sendiri serta orang lain yang berada di situasi yang sama."

Baguslah, selepas ini biarlah Ancelotti sedar sikit dan kena la juga turunkan pemain yang jarang main macam Zhirkov. Power mamat tu. =D
Related Posts with Thumbnails