25 February 2011

MANCHESTER UNITED BUKAN KEBAL

John Terry mendakwa bahawa Manchester United tidak kebal dan mereka mungkin akan jatuh dalam saingan Premier League, satu tugas yang Chelsea mampu lakukan. Manchester United akan berkunjung ke Stamford Bridge pada Rabu, 3.45 pagi waktu Malaysia. Meskipun Chelsea dah tertinggal jauh 12 mata dibelakang Manchester United, Terry yakin Chelsea mampu kacau misi Red Devil untuk menang Premier League musim ini.

Kita tengok siapa yang kena Rabu depan. 

KTBFFH

CHELSEA BOLEH MENANG - MARADONA

Living legend Argentina, Diego Maradona akui yang Chelsea boleh menang Champions League musim ini. Beliau berpandapat bahawa perbelanjaan yang Chelsea lakukan ketika musim perpindahan bulan Januari akan membantu mereka untuk menang piala Eropah itu buat kali pertama. Beliau berkata :


"Real Madrid dan Barcelona mungkin akan ke final. Namun, kita tidak harus lupakan Chelsea. Mereka mempunyai pemain yang cukup bagus. Ini menjadikan mereka sebagai calon pilihan untuk Champions League musim ini."

 Minta-minta masin la mulut Maradona ini. Hehe ;p

KAMI TIDAK AKAN LEPASKAN STURRIDGE - ANCELOTTI

Ancelotti telah beritahu kepada Bolton Wanderers yang mereka tidak akan lepaskan Sturridge untuk berada di Bolton lebih lama. Sturridge, 21, telah meninggalkan impak yang besar terhadap kelab tersebut. Mana tidaknya, 3 gol dalam 3 game. Manager Bolton sebelum ini mengeluarkan kenyataan media bahawa beliau mahu dapatkan Sturridge dengan harga £10 juta, namun ditolak oleh Ancelotti. Ancelotti berkata :


"Semua orang gembira dengan kejayaan Sturridge sebab dia merupakan pemain kami dan perform well. Saya harap dia boleh hasilkan lebih banyak gol kerana pada musim panas nanti dia akan pulang kepada Chelsea."

Nampaknya, Ancelotti dah ada perancangan untuk Sturridge musim depan. Mungkin bakal menggantikan Didier Drogba. =)
Related Posts with Thumbnails