01 June 2011

KONTRAK BARU UNTUK SALOMON KALOU?

Salomon Kalou dilanjutkan kontrak? Anda setuju? Sebelum ini, Arsenal cuba untuk dapatkan Kalou. Apa pun, kita tunggu apa yang bakal terjadi untuk transfer window nanti. Frankly telling, Kalou seorang super-sub yang bagus. Pemain yang amat rajin di atas padang. Namun, dengan kepulangan Sturridge serta pemburuan Chelsea untuk striker seperti Sergio Aguero, Neymar dan Lukaku, adakah ia bakal menggugat kedudukan mamat ini? Wait and see!!

NEYMAR SELANGKAH KE STAMFORD BRIDGE

Berita baik!!! Chelsea diberitakan sudah dalam genggaman untuk mendapatkan bintang Santos, Neymar. Dalam masa yang sama, Chelsea dikatakan telah pun menghentikan operasi mendapatkan Sergio Aguero untuk fokus kepada Neymar. Chelsea bakal mendapatkan khidmat Neymar dengan nilai £35 juta. Agen Neymar, Wagner Ribeiro dan Pini Zahavi berada di London minggu ini untuk berunding dengan pihak Chelsea. Terbaik!! Buat apa nak kejar pemain yang tidak mahu beraksi untuk Chelsea memandangkan kita dah ada bintang yang rela ke Stamford Bridge? Power tu mamat ini. =D

POKCIK KAYO!!!

Tawaran lumayan untuk manager Chelsea pada musim 2011/12 oleh Roman Abramovich. Mana tidaknya? £6 juta setahun. Pokcik kayo. =D Apa pun, Guus Hiddink tetap menjadi pojaan hati si Abramovich. Namun, orang kuat the Blues seperti chairman Bruce Bruck, chief executive Ron Gourlay dan director Eugene Tenenbaum telah ditugaskan untuk menyenaraikan calon-calon yang layak untuk kerusi DUN Chelsea. LOL

FLOMO MENGALU-ALUKAN GUUS HIDDINK

Florent Malouda menyambut baik kepulangan Guus Hiddink sebagai manager Chelsea yang baharu. Mana tidaknya, Guus Hiddink dan Ancelotti merupakan manager yang suka menurunkan Malouda sebagai pemain pilihan mereka. Malouda berkata :


"Saya amat menghormati beliau. Ketika beliau tiba di Chelsea, kami dalam keadaan kelam-kabut. Namun beliau berjaya mengembalikan keyakinan kepada pasukan dalam waktu yang singkat. Saya rasa kami mempunyai skuad yang kuat. Dengan perancangan yang teliti, kami akan kembali bangkit." 

Terbaik!! Kita tunggu macam mana formula Guus Hiddink untuk Chelsea. Itu pun kalau beliau yang jadi manager Chelsea yang ke-27. =)


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails