03 March 2011

EDISI BERDIALOG BERSAMA SYAITAN

Tatkala Chelsea menang semalam, masih ada lagi suara-suara syaitan mempersoalkan kemampuan Torres dalam skuad Chelsea. Syaitan tersebut berkata:


"Ada Torres score semalam? Beli mahal-mahal tapi tak score, tak ada guna."


Untuk menjawab persoalan itu, footballcrazie telah menghubungi Torres. LOL Torres berkata:


"Ia adalah penting untuk faham cara permainan pasukan baru. Ia memakan masa, namun setelah faham, saya yakin gol itu akan datang lebih mudah."

Erm, betul itu. Aku setuju. Biasalah, di Liverpool orang sentiasa hantar bola kepada dia. Lain pula di Chelsea, mereka ada banyak pilihan, Drogba, Anelka, Malouda malah Lampard. Jadi, di Chelsea, Torres kena bersaing secara sihat.

SIAPA SIR ALEX FERGUSON ?

Siapa peminat sukan bolasepak yang tak kenal Ferguson boleh diibaratkan katak di bawah tempurung. Selain hebat dan popular mencatur strategi permainan untuk Manchester United. Mulut dia turut ikut sama popularnya. Jika game memihak kepada Man Utd, dia senyap. Namun, jika berlaku sebaliknya, inilah akan berlaku. Berikut adalah quote Ferguson yang popular mengutuk mutu pengadilan FA:

vs  Chelsea, Mac 2011

"Kami bertahan untuk gol pertama. Macam mana Martin Atkinson boleh bagi penalti kepada Chelsea. Sudah 3 tahun kami menderita di Stamford Bridge. Semuanya gara-gara pengadil. Mereka akan mengadili perlawanan setiap minggu, jadi inikah mutu mereka?"

vs Sunderland, Oktober 2009

"Kecergasan untuk para pemain dan pengadil amat dituntut dalam game yang pantas. Dia, Alan Wiley tidak cergas. Ia membantut permainan kami. Di England banyak lagi pengadil yang cergas. Kenapa dia dipilih? Dia mengambil masa 30 saat hanya untut melayangkan kad. Macam berehat pula."

vs Birmingham City, Disember 2008

"Ia adalah handball, foul di tengah padang. Jika pengadil tak boleh nampak, apa lagi peluang yang kamu ada? Sebab itu kami memerlukan pengadil yang boleh nampak segala perkara yang berlaku di atas padang." 

vs Portsmouth, Mac 2008

"Keith Hackett harus menjawab segala persoalan. Dia tidak lakukan kerja dengan betul. Martin Atkinson mengadili perlawanan dengan begitu teruk."

vs Bolton Wanderers, November 2007

"Saya dan beritahu Mark Clattenburg apa yang saya rasakan tetapi dia tak mahu dengar. Sesetengah pengadil tidak dengar cakap. Kami harus mendapat perlindungan daripada pengadil, namun kami seolah-olah kena bermain lawan mereka juga."


Erm, tetapi jika game memihak kepada Manchester United, tiada pula pujian untuk pengadil. Aku rasa pengadil pun akan benci Manchester United selepas ini. LOL.

HIGHLIGHT UPDATED!! FA CUP

Aku dah update highlight untuk FA Cup semalam. Macam biasa, silalah ke Download Highlight!! =D

DROGBA TIDAK MERAJUK

Lampard memuji sikap profesional Drogba yang tidak merajuk akibat diletakkan di bangku simpanan. Sejak Torres datang ke Chelsea, Drogba memanaskan bangku simpanan. Lampard berkata:


"Drogba sentiasa memberikan yang terbaik untuk   pasukan. Berita tentang dia merajuk di dada akhbar adalah mengarut. Dia sentiasa memberi semangat dan sokongan kepada kami semasa berada di bangku simpanan, bukan dia membisu di sana."

Terbaik, selama ini aku pun ingat Drogba merajuk sebab dia memang ada rekod merajuk dengan Lampard. =D
Related Posts with Thumbnails