28 April 2011

BANTUAN DARIPADA DANIEL STURRIDGE

Percaya atau tidak, Daniel Sturridge telah membantu Chelsea untuk kurangkan jumlah persaingan. Kini, saingan BPL tertumpu kepada Manchester United dan Chelsea sahaja. Terima kasih kepada Sturridge yang menjadi duri dalam daging kepada Arsenal. Sejak menyertai Bolton Wanderers secara pinjaman, Sturridge telah pun menjaringkan 7 gol daripada 9 game. Sturridge berkata :


"Saya rasa saya telah menolong rakan-rakan di Chelsea. Baki 4 game lagi merupakan saat-saat genting. Namun, saya harap Chelsea mampu memenangi trofi sekali lagi pada musim ini. Saya juga gembira Torres sudah menemui sentuhannya."


Selepas ini, Sturridge terpaksa bersaing dengan Torres, Anelka dan Drogba untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama. Persaingan yang menarik, tetapi jangan la tamak kalau ada peluang gol yang lagi bagus untuk rakan sepasukan.

p/s: Mesej itu ditujukan kepada Didier Drogba. =)

ANGAN-ANGAN MAT JENIN

Merepek macam kerepek! Mungkin itu yang sesuai aku katakan tentang rumours ini. Real Madrid dikatakan mahu melamar John Terry untuk ke SB, Santiago Bernabeu bukan Stamford Bridge. Chelsea tidak mungkin sesekali menjual John Terry yang juga merupakan orang kuat dalam CFC. Jadi lupakanlah angan-angan Mat Jenin ini. FYI, gaji John Terry di Chelsea ialah £160K seminggu iaitu lebih kurang RM 789,000. Pergh, ini yang buat aku nak jadi pemain bolasepak antarabangsa ni. LOL =D

ESSIEN BOLEH MAIN ?

Hasil imbasan X-ray mendapati Essien tidak mengalami kecederaan serius ketika menentang West Ham United tempoh hari. Essien ditukarkan dengan Yossi Benayoun pada minit ke-56 sebagai langkah berjaga-jaga. Menurut laman web rasmi CFC :


"Essien hanya mengalami kecederaan ringan. Dia tiada masalah di bahagian lutut. Kami akan memantau perkembangannya sebelum dibenarkan untuk beraksi hujung minggu ini."


Fuh, harap Essien tak mengulangi kecederaan lutut yang pernah dia kena dua tahun lepas. Chelsea betul-betul perlukan khidmat Essien selaku midfield yang kental. =D
Related Posts with Thumbnails