
Tanggal 2/7/2011, Malaysia Blue Army Supporters telah mengadakan majlis ramah mesra bersama MBAS Johor. Majlis yang dianjurkan oleh MBAS Johor sepenuhnya ini dihadiri oleh lebih kurang 70 orang. Berikut adalah perjalanan masa majlis penuh gemilang ini : Damien cakap 70 orang. =)
Chelsea telah bersedia untuk membawa masuk Pepe daripada Real Madrid jika terdapat kepincangan dalam kubu utama Chelsea. Andre Villas-Boas dilaporkan telah mengenalpasti masalah di jentera pertahanan Chelsea. Pepe, dibeli oleh Real Madrid sebanyak £27 juta pada 2007, dikatakan tidak gembira dengan layanan Real Madrid terhadapnya. Ini kerana Real Madrid enggan melanjutkan kontrak mengikut kehendaknya. Real tidak mahu membuat tawaran kontrak lebih daripada £3.6 juta. Manakala Chelsea pula sanggup memenuhi kehendak mamat ni dengan gaji tahunan sebanyak £4.5 juta setahun.
Finally, Luka Modric mendapat lampu hijau untuk meninggalkan Tottenham Hotspur ke Chelsea dengan syarat jika mendapat bidaan sebanyak £45 juta. Sebelum ini, Spurs menolak bulat-bulat bidaan Chelsea sebanyak £22 juta atas alasan Chelsea underrated pemain ini. Pergh, semua players nak tag £45 juta ke atas. Namun, Spurs harus ingat, jika Modric keluar, itu turut membuka pintu buat Gareth Bale yang mahu ke Manchester City. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal. =)
"Ia adalah satu kelebihan besar buat Man Utd kerana berjaya mendapatkan penjaga gol muda. Meraka boleh kekal lama di sesebuah kelab. Namun, ia juga merupakan satu perjudian sebab de Gea menyertai kelab yang memang terkenal dengan lagenda penjaga gol seperti Peter Schmeichel dan Edwin van der Sar. Sekarang kita tunggu dan lihat apa hasilnya."