18 July 2011

PARAGUAY TEWASKAN BRAZIL? YES!!!

Apa dah jadi kepada pasukan pilihan utama seperti Argentina dan Brazil. Mereka masing-masing dikejutkan dengan kekalahan kepada pasukan underdog. Memang satu kejutan untuk Copa America kali ini. Terbaru, Brazil kalah mengejut dengan Paraguay setelah tamat perlawanan dengan seri tanpa jaringan sehingga membawa kepada penentuaan sepakan penalti. Paling OMG, semua sepakan penalti yang diambil oleh pemain Brazil ke laut. Apa yang telah terjadi? Footballcrazie rasa sebab pemain Brazil termakan janji manis Larissa Riquelme. LOL. ;)

p/s: Pasukan Chelsea dijangka tiba di Malaysia tengah hari ini dan akan menginap di One World Hotel di Bandar Utama, Kuala Lumpur. ;)

JERSI BERJAYA DIHANTAR

Finally, hari ini footballcrazie telah pun berjaya mengepost baju yang telah ditempah oleh para pelanggan. Namun, out of 64 yang tempah, cuma 47 yang berjaya diedarkan. Ini kerana jersi telah kehabisan stok. Antara jersi yang habis ialah jersi Chelsea away dan semua jenis jersi yang bersaiz ladies cutting. Footballcrazie ingin meminta maaf kepada para pelanggan semasa urusniaga ini berlangsung. Segala wang telah pun dikembalikan. Insyaallah, footballcrazie akan membuka semula tempahan apabila stok betul-betul mencukupi. Akhir kata, yang baik itu dari Allah S.W.T dan yang buruk itu daripada pekedai itu sendiri.  ;)
Related Posts with Thumbnails