Terkini, pemain senior MakEncik Siti, Nigel de Jong, Vincent Kompany dan Micah Richards nampaknya panas bontot apabila kelab kesayangan mereka itu enggan menawarkan gaji yang lumayan sebaris pemain bintang lain dekat sana. Bak kata ayat touching, mereka di anak tirikan. Mana tak nya, Aguero yang baru masuk tu dapat gaji setaraf dengan bintang utama di sana seperti Yaya Toure dan Carlos Tevez iaitu sebanyak £200,000 seminggu. Namun, untuk kontrak baru mereka ini, Company cuma dapat £80,000, de Jong dapat £65,000, manakala Richards pula dapat £100,000 seminggu. LOL. Moral of the story, korang nampak tak betapa Luca Modric lagi dibayar murah dekat Spurs? ;)
Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts
29 July 2011
26 June 2011
£44 JUTA UNTUK JAVIER PASTORE
Pergh, harga mamat ni makin lama makin tinggi pula. Terbaru, Palermo tanpa segan-silu meletakkan tag harga semahal £44 juta untuk Javier Pastore, 22. Malah presiden Palermo, Maurizio Zamparini percaya Pastore lagi bernilai jika dibandingkan dengan bintang baru Barcelona, Alexis Sanchez. Ironiknya, setakat ini masih belum ada kelab yang cuba melakukan sebarang bidaan untuk mendapatkan mamat ini. Tu la, jual mahal sangat. Macamlah player berbakat tak boleh didapati di kelab lain. Erm, sejak Chelsea beli Torres dengan £50 juta, harga semua pemain pun dah melambung. Perlukah Chelsea mendapatkan Pastore?
Komen anda?
KTBFFH
Labels:
duit,
transfer rumours
22 June 2011
ANDRE VILLAS-BOAS BAWA GENG!!
Nampaknya, Chelsea dah tak perlu rasanya membeli striker atau memburu Luca Modric. Ini kerana Andre Villas-Boas sudah mempunyai calon tersendiri. Antara pemain Porto yang beliau mahu serap masuk ke Chelsea ialah tak lain dan tak bukan iaitu penyerang sensasi Colombia, Radomel Falcao, £26.5 juta dan midfielder Portugis, Joao Moutinho, £15 juta . Tak cukup dengan itu, Boas turut mahukan coaching team beliau di Porto iaitu dua orang coaching staff, seorang physical trainer dan seorang opposition scout, Jose Mario Rocha dan Daniel Sousa. Roman Abramovich wajib tunaikan permintaan beliau jika mahu mengikatnya dengan kontrak bernilai £6.2 juta semusim selama tiga tahun.
Bagi footballcrazie itu perkara biasa dalam bolasepak. Standard ah, nak bawa masuk individu yang beliau selesa bekerjasama dan faham caranya bekerja. Mungkin Boas ambil ikhtibar ketika Ancelotti bimbing Chelsea. Terkontang-kanting Chelsea masa Ray Wilkins kena sack. Lagi pun, tak perlu Boas ajar benda baru dekat players beliau nanti memandangkan pemain yang beliau nak bawa ni memang dah biasa dengan cara kendaliannya. Tentang duit? Abramovich memang tak ada masalah. Janji menang trofi Champions League musim depan. =)
Labels:
duit,
terbaik,
transfer rumours
19 June 2011
HOT & SPICY!! £50 JUTA UNTUK SERGIO AGUERO
Roman Abramovich sekali lagi menunjukkan kecintaan beliau terhadap Chelsea FC apabila melancarkan bidaan sebanyak £50 juta untuk Sergio Aguero, 23. Jika Aguero menjadi milik Chelsea, ini menjadikan pemain kedua Chelsea dengan harga £50 juta selepas Fernando Torres. Terbaik daripada ladang. Fuh, £100 juta untuk dua striker. Nampaknya, Abramovich memang tak kedekut demi trofi Champions League. =)
Labels:
duit,
transfer rumours
12 June 2011
ANCELOTTI MAKAN GAJI BUTA
FYI, Carlo Ancelotti terpaksa bersabar untuk 12 bulan sebelum membuat keputusan untuk membimbing mana-mana kelab Premier League. Ini kerana, Chelsea telah pun membuat persetujuaan dengan beliau dengan nilai pampasan sebanyak £6 juta. Perkara yang sama turut dilakukan oleh Chelsea semasa Jose Mourinho dipecat pada 2007. Ancelotti berkata :
"Duit itu bakal dilaburkan ke dalam Lembaga Tabung Haji Malaysia. Saya juga akan gunakan masa terluang selama 12 bulan ini untuk menonton Maharaja Lawak bersama seisi keluarga."
01 June 2011
POKCIK KAYO!!!
Tawaran lumayan untuk manager Chelsea pada musim 2011/12 oleh Roman Abramovich. Mana tidaknya? £6 juta setahun. Pokcik kayo. =D Apa pun, Guus Hiddink tetap menjadi pojaan hati si Abramovich. Namun, orang kuat the Blues seperti chairman Bruce Bruck, chief executive Ron Gourlay dan director Eugene Tenenbaum telah ditugaskan untuk menyenaraikan calon-calon yang layak untuk kerusi DUN Chelsea. LOL
27 February 2011
MALOUDA DIEJEK ?
Siapa kata main bola sepak tiada masa depan? ;p Terbaru, Florent Malouda muncul di kem latihan Chelsea, Cobham bersama kereta barunya. Dia juga mencipta sejarah sebab menjadi orang pertama dalam skuad utama Chelsea memakai kereta berkuasa elektrik. Ramai orang mentertawakan Malouda. Malouda berkata :
"Mereka ketawakan saya. Namun apabila saya menerangkan kelebihan kereta sport ini yang mesra alam dan lebih senyap, mereka kagum. Dengan adanya kereta ini, cara pemanduan saya bertambah baik. Saya dapat rasakan sumbangan saya kepada alam sekitar. Sekarang, saya dah tak perlu risau lagi kenaikan harga minyak RON97."
Labels:
duit
11 February 2011
CHELSEA BAYAR MAHAL UNTUK TORRES - BARCELONA
Pengarah sukan Barcelona, Raul Sanllehi berpendapat bahawa Chelsea telah berbelanja lebih untuk mendapatkan Fernando Torres dan beritahu yang Barcelona tidak akan sesekali berbelanja sebegitu untuk mendapatkan seorang pemain. Mereka cakap begitu sebab dah ada Lionel Messi, buat apa nak beli pemain mahal. Hehe ;p
Labels:
duit
04 February 2011
JERSI TORRES LARIS
Menurut pembekal, jualan jersi Fernando Torres untuk pasukan Chelsea amat memberangsangkan. Permintaan untuk jersi yang tertera nama Torres beserta no.9 naik 40% berbanding ketika Torres tiba di Liverpool pada 2007. Pengarah urusan Kitbag.com, Ray Evans, berkata :
"Ia adalah menarik untuk melihat samada Torres boleh kekalkan popularitinya dikalangan penyokong Chelsea serta Carroll di Liverpool."
Labels:
duit
07 January 2011
CHELSEA RUGI RM47.5 JUTA
Roman Abramovich bakal mengalami kerugian RM47.5 juta jika beliau singkirkan Carlo Ancelotti. Hal ini kerana Ancelotti masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan yang bernilai harga pampasan itu. Abramovich dikatakan akan membeli peluang kepada Ancelotti untuk pertahankan FA Cup yang akan bermula Ahad ini menentang Ipswich.
Pada musim lepas, Chelsea dah mencatat kerugian sebanyak RM190 juta. Oleh sebab itu, habis pemain mereka singkirkan termasuk Ray Wilkins. Aku rasa Roman tak akan lepaskan Ancelotti dengan mudah sebab sebelum ini dia dah lama memujuk Ancelotti untuk sertai Chelsea dari AC Milan. Lagi pun, Ancelotti dah tunjukkan magik yang dia ada musim lepas.
KTBFFH
Labels:
duit
CHELSEA PEROLEH PAMPASAN TINGGI
Chelsea antara kelab yang menerima ganjaran yang tinggi daripada FIFA sebab membenarkan pemain mereka menyertai Piala Dunia 2010 tahun lepas. FIFA mengagihkan keuntungan mereka sebanyak RM120 juta untuk 400 kelab dalam 55 negara. The Blue berada di tempat ketiga dibelakang Barcelona dan Bayern Munich. Barcelona menerima RM2.6 juta, Bayern Munich pula dapat RM2.4 juta. Chelsea pula dapat RM2.3 juta. FYI, Chelsea menghantar 13 pemain mereka untuk mewakili 6 negara. Namun, tak seorang pun layak ke suku akhir. Chelsea dapat duit atas angin tu. Haha =D
Labels:
duit
Subscribe to:
Posts (Atom)











