11 April 2011

LIVE UPDATED!! ( Liverpool vs Manchester City ) 3.00 AM


Super Sunday untuk omputih, kalau kita Super Monday. Jangan lupa saksikan perlawanan terbaik dari ladang ini hanya di LIVE!! Mesti si Suarez perform gila-gila nanti. Terbaik. Erm, aku pun cam tak boleh kawal posting malam ini. Time busy, aku keluarkan entri update game dengan highlight jer. Time bersemangat, amik ko, 4 entri sekali gus.

SKUAD JUNIOR BALAS DENDAM

Jika hari tu Chelsea telah tewas kepada Manchester United, kali ini skuad muda the Blues menjulang balik nama kita. Chelsea menang 3-2. Aku nak komen banyak pun tak boleh sebab aku memang tak tengok game itu. Apapun sila layan video highlight kat bawah yer. Kredit to Muhammad Fahmi yang sudi share video ini dekat The Home Of Malaysian Chelsea FC Fans. Layan..


SAYA AKAN BANTU TORRES - BENAYOUN

Yossi Benayoun berjanji bahawa dia akan membantu Torres untuk menghasilkan gol pertama. Benayoun juga faham benar bola macam mana yang amat digemari oleh Torres sepanjang bermain bersama-sama selama 3 tahun di Liverpool. Benayoun berkata :


"Cubaan Torres tempoh hari begitu cemerlang diselamatkan oleh Ali Al-Habsi. Torres sendiri bergurau yang dia tak tahu nak buat apa lagi. Itu merupakan great save. Saya akan membantu Torres untuk menambah keyakinan dalam dirinya."

Baguslah, ada member yang sanggup membantu. Yang lain? Semua nak personal glory meskipun berpeluang nak bagi kepada teammate yang lebih bagus positioning. Apapun, kita tunggu perancangan Ancelotti apabila berkunjung ke Old Trafford nanti.

TORRES BAKAL HASILKAN GOL

Yes, tak lama lagi kita akan melihat Torres akan jaringkan gol. Ini kerana member sehati-sejiwanya, Yossi Benayoun dah pun turun padang untuk membantu Torres. Sikap Benayoun yang tidak tamat amat melegakan aku. Meskipun dia berpeluang shot terus ke arah Ali Al-Habsi, dia masih memilih untuk bantu Torres hasilkan gol. Apa pun, kita tunggu saat itu nanti. =D
Related Posts with Thumbnails