07 August 2011

YURI ZHIRKOV TINGGALKAN CHELSEA


Setelah kecewa berada di Chelsea, akhirnya Yuri Zhirkov telah membuat keputusan untuk menyertai kelab di Rusia iaitu Anzhi Makhachkala. Zhirkov sertai Chelsea pada Julai 2009 daripada CSKA Moscow. Namun, kecederaan lutut yang dialami oleh beliau membataskan peluangnya untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama. Sejak menyertai Chelsea selama dua tahun, Zhirkov hanya diturunkan sebanyak 32 kali dalam kesebelasan utama dan 17 kali sebagai pemain gantian. Apa pun, footballcrazie ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Zhirkov. Jasamu kami kenang. ;)


KTBFFH

LIVE UPDATED!! ( Manchester City vs Manchester United ) 9:30 PM


Tepat pukul 9.30 malam nanti, bermulalah demam BPL. Perlawanan pembukaan untuk BPL, iaitu FA Community Shield antara Manchester City vs Manchester United. Macam biasa, silalah lompat terus ke LIVE!!

MIKEL OUT, MODRIC MARI


Semalam, midfielder Chelsea, John Obi Mikel cedera semasa perlawanan persahabatan terakhir Chelsea menentang Rangers F.C yang berkesudahan Chelsea menang 3-1. Tahniah buat Sturridge yang menjaringkan dua gol untuk membantu Chelsea menang semalam. Mikel cedera semasa separuh masa perlawanan. Sebelum diturunkan dalam game tersebut, AVB sendiri akui bahawa Mikel dah mengalami kesakitan beberapa hari dalam sesi latihan dan dia disuntik dengan ubat tahan sakit. Namun, kesakitan itu tidak dapat dibendung lagi. Lepas ini Chelsea mungkin akan cuba bid habis-habisan untuk mendapatkan Luca Modric memandangkan seorang pemain midfielder dah out. ;p


p/s: Petang karang akan berlangsungnya majlis berbuka puasa anjuran MBAS Sabah. Siapa yang tinggal dekat Sabah/Sarawak tu, bolehlah rujuk butiran lanjut kat sini : Majlis Berbuka Puasa Anjuran MBAS Sabah.

ROMELU LUKAKU SARUNG JERSI BIRU MUSIM DEPAN


Akhirnya, Anderlecht telah mengumumkan bahawa kata sepakat telah pun dipersetujui antara mereka dan Chelsea terhadap pembelian Romelu Lukaku. Lukaku, 18, sebelum ini pernah beritahu bahawa dia mahu mencontohi idolanya, Didier Drogba. Pada musim lepas, Lukaku menghasilkan 16 gol daripada 37 penampilan bersama Anderlecht. Lukaku akan ke London minggu depan untuk pemeriksaan kesihatan. Namun, jumlah pembayaran yang dibelanjakan oleh Chelsea dirahsiakan. Kalau nak diikutkan, bulan lepas Chelsea bid £18 juta. Maybe up sikit kot. Lepas ni cepat-cepat beli jersi no.14. ;)


KTBFFH

MBAS F.C VS BINTANG MERAH UNITED F.C


Sebelum perkara ni semakin sejuk, footballcrazie mahu beritahu bahawa pada Jumaat lepas, 5/8/2011. Pasukan futsal MBAS telah pun mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan fans Manchester United iaitu Bintang Merah United F.C. Perlawanan tersebut berlangsung dengan meriah dan penuh dengan semangat kesukanan antara kedua-dua belah pihak. Namun, pasukan futsal MBAS nyata tiada tandingan apabila membelasah Bintang Merah United F.C dengan jaringan 21-3. Tahniah untuk MBAS. Kepada sesiapa yang mahu mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan futsal MBAS. Anda boleh menghubungi setiausaha sukan kami iaitu : 

  • Nyna : 017-2109313
Related Posts with Thumbnails