24 May 2011

SERGIO AGUERO : ROAD TO STAMFORD BRIDGE !!

Achtung!! Sergio Aguero kini sudah bersedia untuk meninggalkan Atletico Madrid. Aguero, 22, dikatakan tidak akan menyertai kelab musuh tradisi Atletico Madrid, iaitu Real Madrid. Ini menjadikan Chelsea pilihan utama untuk manantu Maradona ini. Terbaiklah kalau Aguero join Chelsea. Aku suka gaya permainan mamat ni. Lincah macam Sturridge. Plus, Aguero telah pun menjaringkan lebih daripada 100 gol untuk Atletico Madrid sejak 2006. Cuba bayangkan gandingan Aguero --- Torres --- Sturridge. =)

DROGBA MUNGKIN DIJUAL

Galatasaray kini tengah berusaha untuk mendapatkan Didier Drogba. Kedudukan Drogba untuk musim depan agak goyah sebab kehadiran anak emas Roman Abramovich, Fernando Torres serta kepulangan Daniel Sturridge ke Chelsea. Galatasaray akan cuba memikat striker Chelsea ini dengan kontrak £5 juta setahun, satu kontrak yang tidak mampu disaingi oleh Tottenham Hotspur. 

Kelab Turki ini berharap agar Drogba dapat bekerjasama dengan bekas striker Bolton, Johan Elmander, yang menyertai Galatasaray secara free transfer. Chelsea mungkin akan cuba menjual Drogba memandangkan Drogba hanya menjaringkan 13 gol untuk musim ini. Torres? Roman Abramovich takkan jual sebab bukan mudah beliau nak pancing Torres untuk sertai Chelsea. =D

JOSE MOURINHO MANAGER BARU CHELSEA ?

Tatkala semua fans Chelsea dikejutkan dengan penyingkiran Carlo Ancelotti semalam, aku masih lagi blur tak tahu siapa yang bakal membimbing Chelsea untuk musim 2011/12. Ini kerana manager pilihan fans Chelsea semua masih belum menyatakan hasrat untuk menggalas tanggungjawab yang berat ini. Namun, Jose Mourinho tetap menjadi bualan orang ramai meskipun beliau masih mahu berkhidmat untuk Real Madrid. Apa pun, Jose Mourinho perlu ingat bahawa beliau masih ada unfinish business di England. ;p
Related Posts with Thumbnails