30 July 2011

LIVE UPDATED!! ( Barcelona vs Manchester United ) 7:00 AM


Jangan lupa saksikan perlawanan persahabatan pra-musim antara Barcelona vs Manchester United pada pukul 7.00 pagi esok. Kita tengok siapa yang kena? Macam biasa, silalah lompat terus ke LIVE!!

LIVE UPDATED!! ( Chelsea vs Aston Villa ) 8:30 PM


Saksikan perlawanan final Barclays Asia Trophy 2011 tepat pukul 8.30 malam, Chelsea vs Aston Villa. Malam ini juga kita akan dapat lihat percaturan sebenar AVB memandangkan Aston Villa bukan kelab cap ayam. Jangan lupa saksikan perlawanan ini hanya di LIVE!!

TIBA MASA UNTUK PEMAIN MUDA - AVB

Andre Villas-Boas akui bahawa Chelsea kini lebih fokus untuk mengetengahkan bakat pemain muda oleh sebab skuad yang sedia ada sekarang telah pun berusia. Setakat ini, AVB telah mendapatkan dua orang pemain muda ke dalam Chelsea iaitu Thibault Courtois, 19, yang kini dipinjamkan ke Atletico Madrid. Manakala seorang lagi ialah midfielder Barcelona, Oriol Romeu, 20. Malah, AVB sendiri mahu lakukan perubahan secara pelan-pelan kayuh untuk melaksanakan transformasi ini. Yelah, Chelsea merupakan kelab yang mempunyai ramai pemain berusia dalam BPL. ;D

MANCHESTER CITY ADA POTENSI - AVB

Andre Villas-Boas beritahu kepada media bahawa perbelanjaan yang dilakukan oleh Manchester City adalah satu kelebihan mutlak mereka. Beliau juga percaya Manchester City kini lebih serius untuk mencabar liga Premier. Kalau dulu, Chelsea yang berbelanja besar. Kini, Barclays Premier League dah ada satu lagi pasukan yang kaya nak mampus. Apa pun, kita tunggu dan lihat siapa yang kena pada musim baru nanti. ;)


KTBFFH

SLOBODAN RAJKOVIC JADI TUMPUAN AVB

Mesti korang tertanya-tanya tentang kelibat defender remaja Chelsea, Slobodan Rajkovic, 22, yang kerap muncul sejak AVB pimpin Chelsea. Kini, Chelsea telah pun memohon permit kerja untuk mamat Serbia ini. AVB mendakwa bahawa Rajkovic merupakan pemain muda yang berbakat besar setelah mempamerkan aksi yang mantap untuk siri jelajah asia Chelsea. Tugas terakhir AVB kini ialah untuk meyakinkan lembaga pengarah untuk pakai mamat ni. Chelsea dalam proses nak clear pemain berusia. hehehe ;)


KTBFFH

AVB NAFI BURU JOAO MOUTINHO

Andre Villas-Boas menafikan dakwaan media yang beliau akan cuba dapatkan midfielder Porto, Joao Moutinho. Beliau akui Chelsea memang ada membuat tawaran terhadap Luka Modric. Namun, AVB melihat buat masa ini Chelsea tidak perlu memburu sesiapa memandangkan telah sign Oriol Romeu daripada Barcelona. Beliau kini lebih ke arah menetapkan cara permainan pemain Chelsea berbanding melakukan rombakan pemain secara besar-besaran. 

Terbaik. Kalau tukar players secara mengejut nanti rosak pula pasukan macam Manchester City. Dah hilang seri meskipun dibintangi oleh players 5 stars. ;)
Related Posts with Thumbnails