28 June 2011

CHELSEA BATALKAN PERLAWANAN DEMI BERSIH V2.0 ?

Fans Chelsea di Belanda mungkin tengah butthurt sebab Chelsea telah membatalkan perlawanan pra-musim mereka dengan Vitesse Arnhem yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai 2011. Hal ini kerana Chelsea mahu mengikuti perkembangan perhimpunan "BERSIH v2.0" yang bakal berlangsung pada tarikh tersebut. LOL. Namun, fans Chelsea di Malaysia tak perlu risau sebab perlawanan di Malaysia mengikut jadual seperti biasa. Senang cita, refer dekat background image kat belakang ni. =)

DAVID DE GEA SAH SERTAI MANCHESTER UNITED

Semua fans Man Utd tahu bahawa David De Gea akan menggantikan Edwin van der Sar dengan nilai £17.8 juta di Manchester United. Meskipun baru berusia 20 tahun, dia telah menjadi kesebelasan utama untuk skuad Sir Alex Ferguson bagi musim depan. Dalam masa yang sama, Man Utd turut berjaya mendapatkan defender Blackburn, Phil Jones dan winger Aston Villa, Ashley Young. Nampaknya musim depan, memang ramai pemain muda perform untuk Man Utd. Namun, apa yang footballcrazie nak beritahu kat sini betapa noob cara mereka nak cover De Gea dari reporters. Last-last, kantoi jugak. LOL.

BETULKAH ROMAN ABRAMOVICH SEORANG PENGACAU ?

Sebelum isu ini dikupas secara lebih lanjut, jom kita tengok sejarah. Sejak 2005, enam orang manager beliau telah pecat. Manager yang hampir berjaya menghadiahkan Champions League untuk Roman Abramovich ialah Avram Grant. Malangnya, Chelsea tewas dalam sepakan penalti dalam Champions League 2008 di Moscow. Grant berkata :


"Saya telah banyak membaca berita dalam akhbar mengatakan Abramovich seorang pengacau. Hakikatnya, tidak. Beliau akan menunaikan segala permintaan manager. Lihat sahaja kemudahan di kem latihan Cobham. Ia adalah yang terbaik. Selebihnya, beliau mahukan kejayaan."

Pasal part pengorbanan Abramovich ini footballcrazie memang tak nafikan. Terbaru, Abramovich bersedia untuk mengeluarkan duit untuk membeli dua players Porto iaitu Radamel Falcao dan Joao Moutinho di atas kehendak Andre Villas-Boas. Part yang tak bestnya, beliau mahukan kejayaan dalam satu musim dan kadang-kadang suka membeli pemain yang manager rasa tidak perlu. Biasalah, orang kaya. Kalau footballcrazie kaya macam Abramovich, selamba jer tapau tiket satu stadium bagi free dekat supporters Chelsea dan Malaysia. LOL

Jadi, apa komen anda? Baik atau buruk pengaruh si Roman Abramovich ni? =)

LUPAKAN SAJA ALEXIS SANCHEZ

Selepas ini aku rasa Chelsea tak perlu lagi buat bid untuk mamat ni sebab Alexis Sanchez dah berterus-terang yang dia telah menolak tawaran ke Manchester City, Manchester United dan Chelsea untuk ke Barcelona. Sanchez, 22, percaya masa depan dia lagi cerah di sana. Sanchez berkata :


"Dah lama saya impikan untuk bermain di Barcelona kerana peluang untuk saya menang trofi di sana amat tinggi. Objektif saya ialah untuk menang seberapa banyak piala yang boleh."

Tengok, kalau team power senang-senang jer players serah diri. Insyaallah, Chelsea bakal menjadi gemilang dan terbilang macam Kelantan. Pelan-pelan kayuh.  =)


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails