20 October 2011

CHELSEA BENAM GENK 5-0


Aksi awal pagi tadi menunjukkan betapa hebatnya aura santau David Luiz terhadap Fernando Torres. Sebelum bermulanya game, Luiz sempat membaca santau dekat kepala Fernando Torres. Hasilnya, Torres telah mempamerkan prestasi yang amat menakjubkan. Footballcrazie boleh katakan bahawa Torres telah bangkit kembali daripada masalah dia dengan rakan pasukan Chelsea yang lain. Game awal pagi tadi juga menyaksikan Torres menghasilkan dua gol untuk memecah kemarau golnya di saingan Champions League. Tahniah kepada Chelsea yang membenam Genk 5-0. Satu cleansheet untuk Petr Cech musim ini.

KTBFFH

17 October 2011

CHELSEA TAMAT BADI ENAM TAHUN


Akhirnya, Chelsea berjaya menamatkan badi tak menang dengan Everton di Stamford Bridge selama enam tahun. Yang lebih manis, ia seolah-olah hadiah untuk AVB sempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke-33 tepat pada hari ini. Namun, apa yang mengecewakan ialah Chelsea masih tidak mampu buat clean sheet untuk musim ini. Gol yang bolos pulak gol-gol cap ayam. Apa pun, tahniah the Blues. 

KTBFFH

13 October 2011

THOMAS MULLER TOLAK TAWARAN DARIPADA CHELSEA FC


Bintang sensasi Jerman, Thomos Muller, 22, berkata bahawa dia pernah menolak tawaran daripada Chelsea selepas Piala Dunia 2010. Muller menghargai tawaran tersebut namun terpaksa menolak peluang itu sebab dia baru setahun beraksi untuk aksi pro. Dia tahu jika dia membuat keputusan untuk sertai Chelsea, dia akan berada di bangku simpanan dan ini tidak bagus untuk perkembangan karier dia sendiri. Betul jugak tu, tengok apa yang berlaku dekat Yuri Zhirkov. Lastly, terpaksa ambil keputusan untuk keluar daripada Chelsea sebab tak dapat main. :)

03 October 2011

AMUKAN FRANK LAMPARD


Tahniah buat Chelsea yang berjaya membenam Bolton Wanderers 1-5. Lampard menjadi tumpuan semalam apabila mencipta hatrik pertamanya pada musim ini setelah mempamerkan aksi yang cukup mantap. Beliau tiba di kotak penalti tepat pada masanya berbanding aksinya ketika menentang Manchested United pada bulan lepas. Nampaknya, Lampard sudah ambil ikhtibar terhadap tindakan AVB lakukan kepada beliau. Macam biasa, korang boleh tonton Video dan Download Highlight untuk perlawanan semalam. 


KTBFFH

02 October 2011

JOSE BOSINGWA AKAN DIKEKALKAN DI CHELSEA SEHINGGA 2013


Berita baik! Jose Bosingwa mungkin akan dikekalkan di Stamford Bridge sekurang-kurangya setahun lagi. FYI, kontrak Bosingwa akan tamat pada musim panas tahun depan. Di era Ancelotti, kedudukan Bosingwa agak tergugat apabila Ancelotti cenderung untuk meletakkan Ivanovic sebagai right back. Namun, setelah AVB menjadi manager ke-27 Chelsea, Bosingwa kembali menjadi pilihan utama posisi tersebut. Peluang itu tidak dibazirkan oleh Bosingwa dengan banyak membantu jentera serangan Chelsea. Dalam masa yang sama, kontrak Didier Drogba juga akan turut dilanjutkan untuk satu tempoh yang belum diputuskan lagi. AVB berkata bahawa pemain seperti Drogba harus dikekalkan kerana mempunyai emotional values bagi fans the Blues dan kelab.

Apa pun, footballcrazie berharap dengan berita gembira ini bakal meningkatkan motivasi mereka untuk berbakti kepada Chelsea FC. Jangan lupa menyaksikan perlawanan antara Bolton Wanderers vs Chelsea tepat pada pukul 8.30 malam waktu Malaysia hari ini.


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails