15 February 2011

LIVE UPDATED!! ( AC Milan vs Tottenham Hotspur ) 3.45 AM



Jangan lupa saksikan perlawanan Champions League peringkat ke-16, first leg hanya di LIVE!! Perlawanan Birmingham City vs Newcastle United turut berlangsung pada masa yang sama. =)

LAIN PULA TERJADI

Disebalik prestasi Chelsea yang terumbang-ambing serta Fernando Torres yang tidak membantu, Bolton Wanderers pula semakin manTOP dengan kehadiran pemain Chelsea yang dipinjamkan iaitu non-other than Danniel Sturridge. Setakat ini, Sturridge dah menjaringkan 3 gol dalam 3 perlawanan. Satu rekod yang mana Torres serta Luis Suarez tak berjaya lakukan. Malah, Cahill turut memuji rakan barunya itu. Gary Cahill berkata :


"Daniel telah buktikan yang dia merupakan pemain yang berharga untuk kelab. Kejayaan yang lain bakal menyusul buatnya."

Tahniah Sturridge. Aku pun dah semakin mengikuti perkembangan Bolton Wanderes sejak Danny main kat sana. 


KTBFFH

TARGET BERUBAH

Setelah terikat seri 0-0 awal pagi tadi, Ancelotti beritahu yang target beliau kini hanyalah untuk tersenarai dalam Top 4. Ancelotti berkata :


"Kami harus bangun untuk mendapat tempat ke-4 dalam Premier League jadi kami tidak perlu fikirkan untuk bersaing dengan Manchester United lagi. Habiskan musim dengan tersenarai dalam Top 4, dan saya rasa kami mampu lakukan ini."

Tak apalah, perjuangan untuk FA Cup dan Champions League masih cerah. Fokus untuk dua piala itu la pula. =)

KTBFFH

PETR CECH PENYELAMAT

Game awal pagi tadi amat mengecewakan aku selaku penyokong The Blues, tatkala pasukan negeri aku, Kelantan FC unggul dipersada Liga Super, dengan 7 mata, Chelsea pula merosot. Apa pun, tahniah untuk Petr Cech sebab cemerlang save sepakan penalti oleh Dempsey.

KTBFFH

HIGHLIGHT UPDATED!!

Aku dah update highlight yang ada suara commentator skali. Check it out. =)

FERNANDO TORRES TERHUTANG BUDI

Fernando Torres bersumpah yang dia akan menjaringkan gol untuk Chelsea bagi membalas kepercayaan Abramovich terhadap beliau. Torres berkata :


"Sebagai striker saya diminta untuk jaringkan gol, jadi saya akan membayar dengan gol. Saya belum berjumpa Abramovich. Beliau sanggup berbelanja besar untuk dapatkan saya. Saya akan membayar kepercayaan beliau itu."


Kita tengok nanti adakah Torres akan bayar golnya kejap lagi. 


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails