05 March 2011

LIVE UPDATED!! ( Arsenal vs Sunderland ) 11.00 PM


Untuk game malam ini, aku harap Arsenal boleh menang bagi merapatkan kedudukan dengan Manchester United. Biar Man Utd tertekan lepas tu kalah lawan Liverpool keesokkan harinya. Tonton game ini di LIVE!!  ;D

DAVID LUIZ HARUS LEBIH TENANG - ANCELOTTI

Game antara Chelsea vs Manchester United membuatkan semua peminat Chelsea sayang dan berguni-guni memuji performance David Luiz. Namun, bagi Ancelotti, beliau mempunyai mesej buat pemain bernombor 4 ini. Beliau berkata :


"Tahniah untuk Luiz. Dia bijak ketika mendapat bola. Dia pemain yang bagus sebab memberi sokongan untuk jentera serangan. Namun dari segi pertahanan, dia harus belajar lagi untuk lebih tenang."

Betul tu, aku sokong. David Luiz lebih suka gunakan fizikal berbanding belajar merampas bola dari pihak lawan. 

ANCELOTTI ELAK GADUH

Ancelotti memilih untuk berdiam diri daripada mengutuk Sir Alex Ferguson. Suatu perkara yang tak mungkin akan dilakukan oleh Jose Mourinho atau Rafa Benitez. Ketika ditanya apa komen beliau terhadap cemuhan Ferguson kepada FA, beliau menjawab :


"Dia beritahu saya yang dia tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan. Dalam bolasepak ia adalah normal. Satu coach akan gembira manakala satu lagi akan berduka. Saya tak mahu komen apa-apa sebab saya mempunyai hubungan yang baik dengan beliau."

Tengok? Betapa humble nya manager kita. Memang cool. =D

KOMANDO CHELSEA

Minggu ini kita beruntung sebab Ashley Cole tidak menerima sebarang pemggantungan akibat kes menembak pelatih di Cobham. Ditanya kenapa dia berbuat demikian, Cole menjawab :


"Siapa yang tak pernah buat silap? Hanya tuhan sahaja sempurna."


Erm, bahaya juga kaedah menjawab Si Cole ni. Macam tak pernah insaf. Tapi aku tak kisah dia nak buat apa kat luar, janji perform masa atas padang. Namun, aku harap selepas ini dia jangan buat hal bodoh lagi yang bakal menggugat karier diri sendiri malah Chelsea.

YOSSI BENAYOUN KEMBALI

Berita baik, Yossi Benayoun dijangka akan membuat penampilan pertama sejak cedera pada September lepas dengan menentang Stoke City pada April nanti. Terbaik, selepas ini barisan midfielder Chelsea kena perform bagi merebut tempat dalam starting eleven. =D

NF5FP46CU2WA

NF5FP46CU2WA
Related Posts with Thumbnails