27 April 2011

DROGBA TAK NGAM DENGAN TORRES ??

Bekas bos Tottenham Hotspur, David Pleat beritahu bahawa Ancelotti tidak boleh menghasilkan pasukan Chelsea yang bagus jika beliau menurunkan Torres dan Didier Drogba bersama-sama untuk starting XI. Pleat berkata :


"Ketika Torres digantikan dengan Didier Drogba pada minit ke-76, ia jelas menunjukkan mereka tidak ada chemistry bersama. Kedua-dua mereka memerlukan pemain tersendiri untuk membekalkan bola kepada mereka. Pemain seperti Florent Malouda, Salomon Kalou dan Yossi Benayoun merupakan assist yang bagus."

Aku setuju. Aku nampak Anelka mempunyai persefahaman yang baik bersama-sama Fernando Torres. Begitu juga dengan Drogba, dia mempunyai Salomon Kalou dan Malouda. Apa pun, game tempoh hari aku tengok Torres turut menjadi assist yang terbaik dari ladang. =D

TORRES BUKAN DIPERBUAT DARIPADA BATU - LAMPARD

Kali ini Lampard beritahu bahawa Torres begitu lega setelah dapat menjaringkan gol. Ini kerana Lampard sendiri pernah alami episod yang sama seperti Torres lalui di Chelsea pada 10 tahun lepas. Ketika itu Lampard dibeli dengan harga £11 juta dari West Ham United. Dia mengambil masa 4 bulan sebelum berjaya jaringkan gol. Lampard berkata :


"Waktu itu saya tidak semahal harga Torres. Jadi, bebanan yang dia tanggung amat berat. Dia datang dengan harga £50 juta. Semua mata tertumpu kepadanya. Setiap manusia mempunyai perasaan. Benda sama turut Torres alami. Dia bukan diperbuat daripada batu."


Erm, mesej yang jelas daripada anak emas Chelsea, Frank Lampard kepada fans dekat luar sana. Jadi, sekarang ini kita lihat pula macam mana aksi Torres menentang Tottenham Hotspur pada 1 Mei 2011 nanti pada pukul 12.30 tengah malam. 

HIGHLIGHT UPDATED!! Schalke 04 vs Manchester United

Aku dah update highlight untuk game Schalke 04 vs Manchester United. Terbaik, Kelantan menang 1-0 lawan Selangor semalam. Jangan lupa lompat ke Download Highlight!!
Related Posts with Thumbnails