Showing posts with label terima kasih. Show all posts
Showing posts with label terima kasih. Show all posts

23 August 2011

MIKEL BERTERIMA KASIH


John Obi Mikel mengucapkan ribuan terima kasih kepada teammates, pihak Chelsea dan semua fans kat luar sana yang sentiasa menyokong dan mendoakan keselamatan ayahnya yang diculik pada 12 Ogos lepas. Kini, ayah Mikel telah pun dibebaskan apabila pihak polis berjaya mematahkan cubaan mendapatkan wang tebusan oleh penculik. Footballcrazie memuji sikap profesional yang Mikel tonjolkan pada perlawanan menentang Stoke City tempoh hari meskipun ayahnya masih lagi di tangan penculik.


KTBFFH

07 August 2011

YURI ZHIRKOV TINGGALKAN CHELSEA


Setelah kecewa berada di Chelsea, akhirnya Yuri Zhirkov telah membuat keputusan untuk menyertai kelab di Rusia iaitu Anzhi Makhachkala. Zhirkov sertai Chelsea pada Julai 2009 daripada CSKA Moscow. Namun, kecederaan lutut yang dialami oleh beliau membataskan peluangnya untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama. Sejak menyertai Chelsea selama dua tahun, Zhirkov hanya diturunkan sebanyak 32 kali dalam kesebelasan utama dan 17 kali sebagai pemain gantian. Apa pun, footballcrazie ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Zhirkov. Jasamu kami kenang. ;)


KTBFFH

18 July 2011

JERSI BERJAYA DIHANTAR

Finally, hari ini footballcrazie telah pun berjaya mengepost baju yang telah ditempah oleh para pelanggan. Namun, out of 64 yang tempah, cuma 47 yang berjaya diedarkan. Ini kerana jersi telah kehabisan stok. Antara jersi yang habis ialah jersi Chelsea away dan semua jenis jersi yang bersaiz ladies cutting. Footballcrazie ingin meminta maaf kepada para pelanggan semasa urusniaga ini berlangsung. Segala wang telah pun dikembalikan. Insyaallah, footballcrazie akan membuka semula tempahan apabila stok betul-betul mencukupi. Akhir kata, yang baik itu dari Allah S.W.T dan yang buruk itu daripada pekedai itu sendiri.  ;)

11 July 2011

TAHNIAH !! PEMENANG ADIDAS TRUE BLUE FAN!!

Baru-baru ini footballcrazie ada minta pertolongan korang semua untuk mengundi dalam peraduan Adidas True Blue Fan. Akhirnya, footballcrazie menang juga. Terima kasih, semua. Berikut merupakan geng-geng footballcrazie yang menang peraduan tersebut :


Damien Firdauzsh

08 July 2011

CHELSEA LEPASKAN JACK CORK

Finally, setelah lama berkelana asyik diloan jer, midfielder Chelsea, Jack Cork, 22, telah pun dilepaskan oleh Chelsea FC. Sepanjang 13 tahun berada di Chelsea, Cork telah membuat 150 penampilan bersama kelab pinjaman. Kini, Jack Cork secara rasmi telah menyertai Southampton dengan nilai yang dirahsiakan. Apa pun, good luck untuk Jack Cork. =)

04 July 2011

JUTAAN TERIMA KASIH

Footballcrazie nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua penggundi yang sudi mengundi footballcrazie selama seminggu berturut-turut. Yang paling best, abang footballcrazie pun menang. Kemenangan yang paling bergaya adalah apabila saudara kita turut menang. Pemenang dapat satu tiket RM108 percuma. Chelsea, jumpa kamu di Stadium Bukit Jalil.  =)


MAJLIS RAMAH MESRA MBAS

Tanggal 2/7/2011, Malaysia Blue Army Supporters telah mengadakan majlis ramah mesra bersama MBAS Johor. Majlis yang dianjurkan oleh MBAS Johor sepenuhnya ini dihadiri oleh lebih kurang 70 orang. Berikut adalah perjalanan masa majlis penuh gemilang ini : Damien cakap 70 orang. =)

5pm-6pm : Ketibaan TENTERA BIRU
6pm-8pm : Solat
8pm-23pm : Jamuan dan BBQ

Ucapan pengerusi majlis
Ucapan dari wakil MBAS (Mohd Ellmy Yusri Ismail)
Ucapan dari wakil MBAS Johor (Jkingscorpio)
Ucapan dari wakil tuan rumah ( Rinny Ryn )
Ucapan dari wakil MBA JB ( Amirul al Hakim )
Nyanyian lagu rasmi MBAS oleh wakil MBAS
Sesi bergambar

2300pm-23.30 : Bergerak ke lokasi futsal
2330pm-0130am : Futsal MBAS vs MBAS Johor
0130am-0330am : Lepak minum n makan di Restoran D'wana
0330am-0930am : Check-in di Hotel Penginapan
0930am-1230pm : Lepak sarapan di restoran mamak
1230pm-0130pm : Makan tengah hari di rumah JKingscorpio
0130pm : Bergerak pulang ke KL
0700pm : Tiba di KL
0700pm : Livescreening Malaysia vs Taiwan

30 June 2011

SAYONARA, JULIANO BELLETTI

Bekas defender Chelsea, Juliano Belletti, 34, telah mengumumkan persaraannya daripada kancah bolasepak akibat kecederaan achilles tendon yang teruk. Apa pun, terima kasih untuk bakti beliau semasa di Chelsea FC. Bersara pun tak apa, kaya dah Belletti. =)

28 June 2011

BETULKAH ROMAN ABRAMOVICH SEORANG PENGACAU ?

Sebelum isu ini dikupas secara lebih lanjut, jom kita tengok sejarah. Sejak 2005, enam orang manager beliau telah pecat. Manager yang hampir berjaya menghadiahkan Champions League untuk Roman Abramovich ialah Avram Grant. Malangnya, Chelsea tewas dalam sepakan penalti dalam Champions League 2008 di Moscow. Grant berkata :


"Saya telah banyak membaca berita dalam akhbar mengatakan Abramovich seorang pengacau. Hakikatnya, tidak. Beliau akan menunaikan segala permintaan manager. Lihat sahaja kemudahan di kem latihan Cobham. Ia adalah yang terbaik. Selebihnya, beliau mahukan kejayaan."

Pasal part pengorbanan Abramovich ini footballcrazie memang tak nafikan. Terbaru, Abramovich bersedia untuk mengeluarkan duit untuk membeli dua players Porto iaitu Radamel Falcao dan Joao Moutinho di atas kehendak Andre Villas-Boas. Part yang tak bestnya, beliau mahukan kejayaan dalam satu musim dan kadang-kadang suka membeli pemain yang manager rasa tidak perlu. Biasalah, orang kaya. Kalau footballcrazie kaya macam Abramovich, selamba jer tapau tiket satu stadium bagi free dekat supporters Chelsea dan Malaysia. LOL

Jadi, apa komen anda? Baik atau buruk pengaruh si Roman Abramovich ni? =)

17 June 2011

MICHAEL BALLACK BERSARA DARI AKSI KEBANGSAAN

Persatuan Bolasepak German telah pun mengumumkan bahawa mereka tidak akan memanggil ex-midfielder Chelsea, Michael Ballack untuk cap antarabangsa selepas ini. Ballack, 34, mengumpul 98 cap bersama pasukan kebangsaan German tetapi tidak pernah mewakili skuad kendalian Joachim Low akibat kecederaan buku lali semasa final FA Cup 2009/10 hasil saguhati Kevin Prince Boateng aka abang kepada Jerome Boateng, defender Manchester City. Ironinya, Jerman berjaya mara ke separuh akhir meskipun pada waktu itu ramai yang tidak mengenali pemain seperti Mesut Ozil dan Sami Khedira. Namun, German mungkin akan memberi penghargaan buat Ballack untuk beraksi kali terakhir untuk pasukan kebangsaan dalam aksi persahabatan menentang Brazil pada 11 Ogos 2011.


p/s : Ballack dapat karma sebab tampar Boateng sebelum itu.. hehehe ;p

07 June 2011

GILIRAN GOKHAN TORE SERTAI HAMBURG

Seorang demi seorang pemain skuad muda Chelsea telah berhijrah. Terbaru, Hamburg telah pun berjaya mendapatkan striker Chelsea, Gokhan Tore, 19. Tore telah pun sign kontrak untuk kekal di Hamburg selama 3 tahun. Ini menjadikan Tore pemain ketiga daripada skuad simpanan Chelsea yang berhijrah ke Hamburg selepas Jacopo Sala dan Michael Mancienne. Tore berkata :


"Saya akan lakukan yang terbaik untuk Hamburg. Kelab ini penuh dengan tradisi."


Pengarah Sukan Hamburg, Frank Arnesen, yang juga pernah menjawat jawatan yang sama di Chelsea menyifatkan Tore seorang pemain yang kuat dari segi fizikal serta berbakat. Erm, ramai dah pemain muda Chelsea berhijrah sebab nak develop karier masing-masing. Good luck, lads. =)

p/s: Frank Arnesen dah macam K.Rajagobal. Suka pakai skuad pelapis. Correct, correct, correct!

04 June 2011

TAHNIAH MICHAEL MANCIENNE!!

Aku tak tahu kenapa aku tersenyum tengok gambar kat atas? Maybe sebab jambu kot. Apa pun, tahniah buat Michael Mancienne yang telah mendapat kelab tetap iaitu Hamburg. Setelah bermusim-musim diperantauan, akhirnya Hamburg sudi membeli Mancienne dengan nilai sebanyak £3 juta. Lepas ni bolehlah lepak minum dengan Frank Arnesen. Apa pula kes Fabio Borini? Erm, masih deal lagi dengan Parma. Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya. Apa pun, sentiasalah update dengan footballcrazie. Well, it's all about Chelsea FC! 


p/s: Lama tak pakai tagline kat atas. ;p

23 May 2011

ANCELOTTI DIPECAT!!

Akhirnya, Ancelotti dipecat setelah tamat game Everton vs Chelsea. Musim ini agak malang untuk Chelsea setelah menamatkan musim 2011/12 tanpa sebarang trofi. CEO Chelsea, Ron Gourlay memecat Ancelotti sejurus selepas berakhirnya sidang media selepas perlawanan yang menyaksikan Chelsea kalah  0-1 di tangan Everton. Ancelotti dengan cool pula menjawab :
 

"Saya sekarang sedang bercuti. Namun saya tidak tahu selama mana saya akan bercuti."

Footballcrazie ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat Carlo Ancelotti di atas sumbangan beliau dalam skuad Chelsea. Persoalannya sekarang, who's next?

17 March 2011

TERIMA KASIH SEMUA

Entri ini diwujudkan bagi memberi penghargaan kepada semua orang di luar sana yang tidak jemu-jemu menyokong footballcrazie dari mula hingga sekarang. Nama-nama seperti ;


  • Azriff Azmi
  • galileo
  • Skype Crew
  • GenGkey
  • lain-lain

Amat sinonim dengan aku. Mereka sentiasa sudi memberi pandangan dan idea bernas mereka untuk pembangunan blog ini. Untuk itu, jom kita layan footballcrazie dari dulu sampai sekarang :


Tanggal 28 Februari 2010. Terciptalah footballcrazie.blogspot.com Macam mana boleh terjadi? Sebab orang kampung nak belajar buat blog. Jadi aku buat la satu untuk demo..



Di awal kemunculan footballcrazie, aku masih mencari wow value untuk diletakkan di blog ini..



Dah mula letak visitor counter..


Terbaru, visitors tertinggi aku dapat dalam satu masa. Nampak sangat ramai anti-Manchester United. LOL


KTBFFH,

Related Posts with Thumbnails