19 July 2011

LIVE UPDATED!! ( Peru vs Uruguay ) 8:45 AM

Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan separuh akhir antara Peru vs Uruguay pukul 8.45 pagi. Tonton siaran ini secara langsung hanya di LIVE!! Footballcrazie predict Paraguay akan menentang Uruguay masa final nanti. ;)

PELUANG PEMAIN PORTO KE CHELSEA TIPIS

Andre Villas-Boas mengeluarkan kenyataan media semalam dengan memberitahu bahawa beliau tidak mengharapkan bekas anak buahnya di Porto akan sertai jejak langkahnya ke Stamford Bridge. Nama-nama seperti Hulk, Joao Moutinho, Rolando dan Radamel Falcao telah lama dikaitkan dengan Chelsea sejak AVB menjadi manager ke-27 Chelsea FC pada 22 Jun 2011. Beliau berkata :


"Porto memiliki para pemain yang mantop dan berkualiti tinggi namun mereka juga terkenal dengan meletakkan harga yang tinggi untuk pemain mereka. Jadi, ia merupakan suatu tugas yang sukar untuk kami memasuki pasaran mereka."

Bagus, selain mahu melakukan perubahan kepada Chelsea, AVB turut bijak berbelanja despite owner Chelsea memang kaya dan tidak kedekut untuk beli mana-mana pemain.


KTBFFH

THIBAUT COURTOIS SELANGKAH KE CHELSEA

Andre Villas-Boas telah sahkan bahawa penjaga gol kelab Belgium, Genk iaitu Thibaut Courtois telah menjalani medical check-up. Jika segalanya berjalan lancar, Courtois akan melengkapkan perpindahan £7.9 juta ke Chelsea. Ini juga bakal menjadi pemain pertama yang sign kontrak di bawah kendalian AVB. Boas berkata :


"Buat masa ini dia tengah menjalani pemeriksaan kesihatan tetapi belum menjadi pemain rasmi Chelsea. Jika dia menjadi pemain Chelsea pada hari ini, Thibaut Courtois tidak akan sertai Chelsea Asian Tour 2011."

Erm, terbaik. At least ada juga pelapis untuk Petr Cech. Nak harapkan Turnbull dan Hilario? Baik ambil KFCM jer. ;)

DEAL OR NO DEAL ?

Setelah bosan nak hold Cesc Fabregas, akhirnya Arsenal mengambil kata putus dengan meletakkan harga sebanyak £40 juta untuk Cesc. Ini bermakna, Barcelona perlu membayar tag harga tersebut jika benar-benar mahukan Fabregas. Barcelona diberi dua minggu untuk membuat keputusan sebelum tawaran ini ditutup. 

p/s: Pergh, semua players dah makin tinggi harga sekarang ni. Paling tak leh blah harga Javier Pastore. Bukan power pun mamat tu, McEachran lagi best. ;)
Related Posts with Thumbnails