Sebagaimana yang korang tahu, model pakaian dalam bernama Larissa Riquelme pernah berjanji akan berbogel jika Paraguay menang Copa America 2011. Namun, lelaki pervert kat luar sana terpaksa menunggu keputusan daripada empunya badan sebab awal pagi tadi Paraguay kalah 3-0 di kaki Uruguay. Footballcrazie predict minah ni akan tetap berbogel based on pengalaman di World Cup 2010 dulu. Kata nak bogel jika Paraguay menang, tapi kalah di kaki Sepanyol pada peringkat suku akhir. Last-last, bogel gak minah ni. Kalau dah nawaitu nak bogel tu, tak ke mana. LOL. Seriously, footballcrazie kenal minah ni pun sebab janji manis minah ni masa World Cup 2010. ;)
Showing posts with label analisis. Show all posts
Showing posts with label analisis. Show all posts
25 July 2011
01 July 2011
KUPASAN PRESS CONFERENCES CHELSEA
The shit one! Itulah gelaran yang Andre Villas-Boas bergurau untuk dirinya. Namun itu memang tidak menggambarkan peribadi beliau. Hasil dari pengamatan footballcrazie dalam sessi press conferences beliau, Boas menjawab beberapa isu iaitu :
- Tidak akan membuat sebarang players transfer selagi tidak conduct players' training
- Hubungan beliau dengan Mourinho agak suam sebab masing-masing sibuk
- Tidak mahu membuat sebarang spekulasi terhadap Luca Modric
- Menamakan backroom staff yang baru
Itu jer yang sempat footballcrazie rumuskan memandangkan hanya mengikuti press conferences ini selama 15 minit. Biasalah, bersiap ke Stadium Bukit Jalil untuk game Malaysia vs Taiwan. Alhamdulillah, Malaysia menang 2-1.
p/s: Teruk jugak kualiti audio streaming press conferences petang semalam. Audio perlahan gila. Terpaksa pakai headphone sehinggakan ada mamat tinggalkan komen agar orang yang in-charge stream tu patut dipecat. Kuat pengaruh Roman Abramovich ni. LOL.
Labels:
analisis
22 June 2011
PROS AND CONS
Satu topik yang amat menarik untuk dibincangkan, pros and cons. As we know, Andre Villas-Boas dah macam selangkah untuk jadi manager ke-27 Chelsea FC. Pros yang footballcrazie nampak ialah :
- Chelsea dapat manager yang awesome, smart and good looking in club's history
- Senang-senang tarik Falcao dan Joao Moutinho
- Dah boleh focus on players transfer
Manakala cons yang footballcrazie rasa Chelsea bakal tempuhi ialah :
- Sesetengah players lama mungkin butthurt sebab tak dapat beraksi
- Pemain kegemaran dijual
- Players muda berkhemah di bench
- Periuk nasi backstaff tergugat (isu bawa geng)
- Duit Roman Abramovich berkurangan sikit. LOL
Ok, itu jer la yang footballcrazie nampak. Ini pendapat peribadi. So, kalau korang nak tambah, jangan segan-segan komen yer. =)
Labels:
analisis,
transfer rumours
20 June 2011
BETULKAH ANDRE VILLAS-BOAS KE CHELSEA?
Lepas buka laptop tadi, tiba-tiba famous berita tentang Andre Villas-Boas akan jadi manager ke-27 Chelsea. Persoalan footballcrazie, betulkah berita ini? Namun, setelah berita ini menjadi semakin merebak, Porto tampil dengan statement mereka. Wakil Porto FC berkata :
"Villas-Boas mempunyai harga belian berjumlah £13.2 juta. Namun, sehingga kini, pihak kami tidak mendapat sebarang bidaan daripada Chelsea."
Erm, logik juga. Kalau Chelsea nak dapatkan Boas, mesti awal-awal mereka dah bayar. Entahlah, maybe Chelsea nak pertimbangkan calon-calon lain kot. Apa pun, tak usah bimbang. Kalau ikutkan janji si CEO Chelsea, Ron Gourlay, minggu ini adalah due date untuk tentukan siapakah manager Chelsea. Harap Gourlay bukan buat janji Melayu. LOL. =p
Labels:
analisis,
transfer rumours
07 May 2011
KALAH = KELUAR
Jika Chelsea kalah game penting malam esok, Ancelotti berkemungkinan dipecat untuk musim ini dan Roman Abramovich bakal mencari pengganti coach ke-7 dalam masa 8 tahun. Satu rekod yang belum pernah dilakukan mana-mana kelab. Meskipun Chelsea bangkit dari ketinggalan 15 mata kepada 3 mata kepada Manchester United, itu semua tidak memberi sebarang makna jika Chelsea kalah di Old Trafford esok.
Setakat ini, Chelsea hanya tercicir 2 mata dalam 9 game manakala Manchester United pula dah kerugian 11 mata. Namun, jika tewas malam esok, fans Chelsea mungkin sudah boleh ucapkan selamat tinggal kepada Carlo Ancelotti. It's hard, but you must accepted it.. Apapun, Chelsea harus kembalikan maruah mereka untuk game malam esok pada pukul 11.10 malam.
Labels:
analisis
02 May 2011
MANA ACI !!
Mana aci!! Mungkin itu yang fans Manchester United dok bising-bising tentang gol Frank Lampard yang lobos dicelah kangkang Gomes. Apa pun, itulah bolasepak, luck main peranan. Mana best kalau pakai teknologi 100%. Kira ini saguhati untuk Lampard setelah gol pada musim Piala Dunia 2010 lepas dinafikan oleh pengadil. Namun, game semalam perkara yang sama turut berlaku kepada Nemanja Vidic.
Memang jelas Vidic menggunakan tangan untuk menepis bola. Kalaulah linesman nampak, confirm red card. Apa pun, game Arsenal vs Manchester United semalam mengakibatkan fans Manchester United melancarkan kempen "Diam Sedunia". Hilang terus mereka termasuk di Facebook. LOL.
Labels:
analisis
27 April 2011
DROGBA TAK NGAM DENGAN TORRES ??
Bekas bos Tottenham Hotspur, David Pleat beritahu bahawa Ancelotti tidak boleh menghasilkan pasukan Chelsea yang bagus jika beliau menurunkan Torres dan Didier Drogba bersama-sama untuk starting XI. Pleat berkata :
"Ketika Torres digantikan dengan Didier Drogba pada minit ke-76, ia jelas menunjukkan mereka tidak ada chemistry bersama. Kedua-dua mereka memerlukan pemain tersendiri untuk membekalkan bola kepada mereka. Pemain seperti Florent Malouda, Salomon Kalou dan Yossi Benayoun merupakan assist yang bagus."
Labels:
analisis
20 April 2011
ANONYMOUS ???
Entri ini tiada kena mengena dengan pengomen misteri. Sebenarnya, aku nak bawa isu pengganti Carlo Ancelotti nanti jika Roman Abramovich ini gila juga nak pecat manager pujaan hatiku ini. Banyak rumours calon-calon yang aku dengar bakal menggantikan tempat Ancelotti. Antaranya :
- Frank Rijkaard
- André Villas Boas
- Guus Hiddink
- Harry Redknapp
- Marco Van Basten
- B. Sathianathan
Harus diingat, mereka yang menerima tawaran Roman Abramovich harus berdepan dengan cita-cita serta par yang tinggi sebagaimana telah diconfig oleh Roman Abramovich. Tambahan pula, manager tidak mempunyai kuasa penuh seperti Sir Alex Ferguson rasai di Manchester United. SAF mempunyai kuasa untuk menentukan siapa pemain pergi dan masuk. Persoalannya sekarang :
"Kalau pecat Ancelotti, pengganti baru pula kantoi dari first season. Macam mana? Pecat lagi?"
Labels:
analisis
19 April 2011
TORRES AKAN SCORE SEBELUM MUSIM TAMAT - ANCELOTTI
Carlo Ancelotti beritahu bahawa beliau yakin Fernando Torres akan menamatkan kemarau gol nanti. Hopefully sebelum season ni berakhir. Dah 12 game Torres belum score. Satu rekod yang tak senang duduk buat seorang striker. Ancelotti berkata :
"Torres akan menamatkan kemarau gol. Kami tidak menjalani latihan insentif khas untuk Torres. Dia berlatih sebagaimana penyerang yang lain lakukan."
Chelsea akan melayan kunjungan Birmingham City pada 21/4/2011, pukul 2.45 pagi waktu Malaysia. Kita tengok macam mana aksi Torres pula nanti. Adakah game itu akan menamatkan kemarau gol si Torres?
Labels:
analisis
16 April 2011
DEJA VU ANCELOTTI
Ancelotti beritahu bahawa beliau tidak terkejut jika dipecat pada hujung musim ini. Namun, itu semua bergantung kepada lembaga pengarah Chelsea untuk tentukan keputusan tersebut. Pada musim lepas, Ancelotti membuat magik apabila mencipta sejarah bagi Chelsea untuk menang the Double buat pertama kali. Musim 2010/2011 nampaknya tidak memihak kepada Ancelotti. Beliau berkata :
"Keputusan terletak kepada mereka, jika mereka tidak gembira dengan prestasi saya, mereka boleh memecat saya tanpa masalah. Ramai bercakap tentang masa depan saya bersama Chelsea, namun kita tunggu akhir musim ini."
Erm, aku harap sangat Roman Abramovich ini tak akan singkirkan Ancelotti. Kenapa? Ini kerana Roman harus ingat, sesekali dia singkirkan mana-mana manager, jangan harap mereka akan kembali.
Labels:
analisis
14 April 2011
PRO DAN KONTRA ROMAN ABRAMOVICH
Sejak era Roman Abramovich di Chelsea, banyak benda dah meningkat. Chelsea dah semakin disegani. Namun, dalam masa yang sama, beliau turun menjadi dalang apa yang berlaku kepada Chelsea sekarang ini. Jom flashback zaman Mourinho, time dah menang back-to-back title tetap kena sack. Lepas tu Avram Grant gagal 'grant' Champions League untuk dia, turun dipecat. Kini, masa depan Ancelotti masih belum jelas. Namun, harus diingat, Ancelotti pernah menang the Double. Campur tangan daripada pihak atasan sikit-sikit memakan diri Chelsea. Antaranya ialah :
- Ray Wilkins dipecat
- Frank Arnesen turut lari
- Midfielder power-power dijual tanpa pengganti
Akibatnya, game Chelsea jadi hambar. Kalau dulu, setiap game Chelsea memang menarik untuk ditonton berbanding tengok Triple H bagi pedigree kepada Undertaker. Sekarang ini, nak dapat gol satu pun sakit. Namun, musim depan pasti menarik untuk melihat siapa pemain yang akan dibeli nanti.
Labels:
analisis
11 April 2011
TORRES BAKAL HASILKAN GOL
Yes, tak lama lagi kita akan melihat Torres akan jaringkan gol. Ini kerana member sehati-sejiwanya, Yossi Benayoun dah pun turun padang untuk membantu Torres. Sikap Benayoun yang tidak tamat amat melegakan aku. Meskipun dia berpeluang shot terus ke arah Ali Al-Habsi, dia masih memilih untuk bantu Torres hasilkan gol. Apa pun, kita tunggu saat itu nanti. =D
Labels:
analisis
09 April 2011
(SERIUS) CARA TERAKHIR NAK BAGI TORRES GOL
Ok, kali ini entri aku amat serius, bukan macam entri lawak ni : CARA TERAKHIR NAK BAGI TORRES GOL. Antara cara-caranya ialah :
- Membeli seorang pemain Sepanyol yang dah biasa main bersama Torres seperti Sergio Ramos
- Tunggu Benayoun main balik, confirm Benayoun assist gila-gila dekat Torres
- 'Sekolahkan' midfielders sekalian agar sedar diri.
- Jangan bermain untuk Torres, tapi bermain bersama-sama Torres.
Point no.1 tu straight forward. Sebab aku nampak performance Ramires lagi top setelah ada geng sebaya dengan dia iaitu David Luiz. Point no.2 pula senang sikit nak explain, hanya Benayoun mengenal manikam. LOL. Point no.3 memang best. Aku perhatikan midfielders Chelsea ni dah macam strikers pula, berebut nak jaring gol meskipun berpeluang assist kepada strikers yang lagi bagus positioning pada waktu itu. Point no.4 pula dah macam quote PM Malaysia ke-4, Pak Lah. So, anda setuju ke dengan pendapat footballcrazie? =D
Labels:
analisis
07 April 2011
CHELSEA PATUT DAPAT PENALTI
Rekod 7 tahun Chelsea tanpa kalah di Stamford Bridge kepada Manchester United lebur semalam. Namun, itu bukan isu yang aku nak beritahu. Sepatutnya Chelsea dianugerahkan penati selepas Evra membuat bentesan terhadap Ramires dalam kotak penalti. Namun pengadil pada malam itu, enggan memberi penalti tanpa merujuk kepada linesman.
Apapun, aku rasa Van Der Sar memang terbaik semalam. Torres pula memang perform cuma tak banyak dapat bola jer. Apa pun, kita tunggu game berikutnya di Old Trafford pada 13/4/2011 pula. Sila muat turun highlight di Download Highlight!!
Labels:
analisis
03 April 2011
APA YANG KITA BELAJAR SEMALAM?
Matchday 31 semalam memang memihak kepada Manchester United. Dengan kesemua pasukan 'London' berpakat untuk seri semalam. LOL. Aku puji permainan ditunjukkan oleh Jones semalam. Untuk Chelsea, bagi pendapat aku, pemain lebih suka rebahkan badan dalam kotak penalti berbanding cuba untuk melakukan sepakan terus ke gawang Stoke City. Tapi ok lagi la berbanding lakonan Rooney yang cuba dive dalam kotak penalti West Ham United semalam. =D
Aku puas hati dengan game semalam, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Namun, Chelsea memang nampak goyah. Apa pun, ini bukan silap Bosingwa, bukan silap David Luiz tetapi satu pasukan harus bertanggungjawab. Fans hanya bagi harapan sahaja. =p
Labels:
analisis
24 March 2011
SCORE AWAL TAK SEMESTINYA POWER
Erk, mesti korang semua fikir kenapa gambar Thiery Henry boleh sesat di footballcrazie? Sebenarnya aku cuma nak tekankan bahawa kes Henry ini boleh di gunapakai untuk Fernando Torres. FYI, sejak dia dibeli dari Juventus, Henry tidak menjaringkan sebarang gol dalam 8 game. Lastly, lepas dia jaringkan gol untuk game ke-9, dia telah pun dalam proses menjadi seorang lagenda the Gunners.
So, fans semua jangan la risau sebab dia baru 7 game tak gol. LOL. Aku percaya Torres bakal menjadi lagenda Chelsea juga bukan lagenda flop Chelsea macam Shevchenko sebab Torres memang faham benar cara permainan Premier League.
Labels:
analisis
21 March 2011
ANALISIS KENAPA TORRES BELUM HASILKAN GOL ( MESTI BACA!!)
Setelah sekian lama aku berfikir kenapa lah Fernando Torres masih belum hasilkan sebarang gol. Rupa-rupanya sebab Torres mahu elak daripada mendapat ciuman keramat daripada Carlo Ancelotti. LOL. Aku tengok dalam gambar dekat atas, referee pun meluat tengok. Fans dekat belakang pula siap gelak. =D Highlight perlawanan aku tengah proses. Dalam sejam siap, Insyaallah. Apapun, korang boleh tengok video gol terlebih dahulu di Video.
Labels:
analisis
Subscribe to:
Posts (Atom)

















