26 March 2011

LIVE UPDATED!! KELAYAKAN EURO 2012

Jangan lupa saksikan game pusingan kelayakan Euro 2012 tepat pukul 11 malam waktu Malaysia diikuti pula dengan pukul 4 pagi esok. Macam biasa, silalah lompat ke LIVE!! Apa pun, tahniah untuk pasukan kebangsaan Malaysia yang berjaya mengikat kedudukan seri 1-1 dengan Etoile FC.

JOHN TERRY KENA BULI

John Terry berkata dia mempunyai sejarah beraksi di Stadium Millennium untuk menentang Wales pada 11 malam ini waktu Malaysia. Last game dia bermain di sana memang menyakitkan. Ketika itu Chelsea menentang Arsenal untuk final Carling Cup, 6 tahun yang sudah. Sila klik read more untuk menyaksikan video insiden tersebut.

ROBIN VAN PERSIE TOUCHING!!

Mungkin itu tajuk entri yang sesuai untuk player the Gunners ini. Van Persie ternyata geram dan terasa apabila banyak media-media tempatan dan luar negara terutama Malaysia yang tidak iktiraf mereka untuk cabaran Premier League. Van Persie makin tabur garam diluka apabila beritahu lagi bahawa Chelsea dan Barcelona sentiasa menyalahkan pengadil jika keputusan tidak memihak kepada mereka. Van Persie berkata :


"Barcelona pasukan hebat namun mereka selalu pergi mengadu kepada pengadil. Perkara sama turut dilakukan oleh pemain Chelsea. Ia amat menjengkelkan serta menggangu perlawanan."


Aku tak faham mamat ni. Manchester United lagi best. Manager sekali pergi dekat pengadil, tapi dia tak mention pun. Aku rasa itu perkara rutin dalam bolasepak. Kalau Van Persie tak nak alami semua itu pergi la main bowling. Tak siapa nak mengadu dekat pengadil. Mungkin kecewa sebab kena red card masa lawan Barcelona tempoh hari. LOL.

BOS TAK NAK JUAL

Presiden Palermo, Maurizio Zamparini bagitau kat media bahawa Pastore ini menjadi rebutan kelab-kelab terkemuka di dunia seperti Barcelona, Real Madrid, Chelsea dan Manchester United. Dia juga berkeras tak nak jual Javier Pastore jika tawaran kurang daripada £40 juta. Zamparini berkata :


"Saya telah berbincang dengan agen Pastore dan ia adalah lebih baik jika dia kekal di Palermo untuk setahun lagi demi meningkatkan mutunya."

Erm, better pergi ke Chelsea la. Tengok, pemain muda yang dapat bermain untuk Chelsea semuanya gempak-gempak. Ramires dan David Luiz pun dah memang on-form sekarang ini. 


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails