24 June 2011

JOSE MOURINHO GADUH DENGAN ANDRE VILLAS-BOAS ?

Setakat ini, Andre Villas-Boas masih tidak mendapat sebarang mesej daripada Jose Mourinho di atas perlantikan beliau menjadi manager ke-27 Chelsea. Sumber dalaman memberitahu bahawa hubungan Villas-Boas dengan Mourinho retak. Mereka juga dilaporkan tidak lagi berkawan. Mourinho tak berhubung dengan Villas-Boas semenjak Boas ambil alih Porto tahun lepas. Maybe Mourinho butthurt sebab Andre Villas-Boas tak nak stay dengan dia di Inter Milan. LOL. Sampai bila orang nak follow dia? Baos pun nak maju jugak. =)

RAY WILKINS MAHU ANDRE VILLAS-BOAS DIBERI PELUANG

Bekas caretaker manager Chelsea, Ray Wilkins percaya Andre Villas-Boas mampu membawa perubahan kepada Chelsea jika diberi peluang secukupnya. Wilkins, yang pernah membantu Carlo Ancelotti dipecat pada November tahun lepas, merasakan tugas getir menanti Villas-Boas di Stamford Bridge. Wilkins berkata :


"Chelsea dah banyak mendapatkan khidmat manager yang jauh lebih berumur di Stamford Bridge dan mereka tidak mampu melakukannya. Jadi, kita harus memberi semangat dan pujian kepada beliau yang sanggup menggalas tugas sukar ini. Saya nak lihat apa yang orang muda ini mampu lakukan."

Terbaik. Anggaplah ini sebagai satu cabaran buat Andre Villas-Boas sebab ramai lagi kat luar sana yang curiga tentang kebolehan beliau. Apa pun, pesanan footballcrazie buat fans Chelsea di luar sana, janganlah jadi dayus. Be true fans supporters not glory hunters. =)

FALCAO SUDI JIKA ADA TAWARAN KE CHELSEA

Striker Porto yang hebat di udara, Radamel Falcao telah membuka pintu hati untuk berhijrah ke Chelsea mengikut jejak langkah Andre Villas-Boas. Falcao akui dia kini telah bersedia untuk bermain dalam peringkat yang lebih tinggi. Falcao berkata :


"Saya serahkan perkara ini kepada agen. Saya tak menggelabah tentang hal ini dan saya tahu nama saya menjadi sebutan dikalangan fans Chelsea. Cita-cita saya adalah untuk bekerja keras dan saya yakin saya boleh bermain di liga mencabar seperti di England. Jika Chelsea mahukan saya, mereka cuma perlu membuat rundingan."

Fuh, Falcao terang-terang bagi green light dekat Roman Abramovich. Namun, dengan harga £35 juta yang ditetapkan oleh Porto FC, sanggupkah Abramovich berbelanja untuk pemain Colombia ini? Harus diingat, strikers bersepah di Chelsea. =)


KTBFFH
Related Posts with Thumbnails