26 June 2011

£44 JUTA UNTUK JAVIER PASTORE

Pergh, harga mamat ni makin lama makin tinggi pula. Terbaru, Palermo tanpa segan-silu meletakkan tag harga semahal £44 juta untuk Javier Pastore, 22. Malah presiden Palermo, Maurizio Zamparini percaya Pastore lagi bernilai jika dibandingkan dengan bintang baru Barcelona, Alexis Sanchez. Ironiknya, setakat ini masih belum ada kelab yang cuba melakukan sebarang bidaan untuk mendapatkan mamat ini. Tu la, jual mahal sangat. Macamlah player berbakat tak boleh didapati di kelab lain. Erm, sejak Chelsea beli Torres dengan £50 juta, harga semua pemain pun dah melambung. Perlukah Chelsea mendapatkan Pastore? 

Komen anda?


KTBFFH

MICHAEL EMENALO NAIK PANGKAT?

Michael Emenalo dilaporkan akan menerima kenaikan pangkat untuk mengisi kekosongan jawatan yang pernah disandang oleh Frank Arnesen iaitu Director of Football. Emenalo, 45, yang berasal dari Nigeria, merupakan  chief scout di Stamford Bridge sebelum menjadi assistant manager pada musim lepas menggantikan Ray Wilkins yang dipecat. Tahniah kepada Emenalo. Kepada fans Chelsea yang tidak berpuas hati, janganlah korang kutuk dia, dia dapat jawatan itu dengan usaha dia sendiri. Diam tak semestinya tak buat kerja. Janganlah korang butthurt sebab dia gantikan jawatan individu yang korang respect. Be professional. =)

FRIENDLY FUTSAL (MBAS FC VS GALACTICOS FC)

Pada Jumaat lepas, 24 Jun 2011, Malaysia Blue Army Supporters (MBAS) telah mengadakan perlawanan futsal persahabatan bersama Galacticos FC. Venue futsal ini diadakan di S7 FutSaL Stadium, Lot 8097-C , Off Jalan Genting Klang, Mukim Setapak, 53300 Kuala Lumpur. Acara dimulakan tepat pada 8.30 malam sehingga 11.30 malam. Berikut merupakan coretan gambar yang sempat kami rakamkan :

Related Posts with Thumbnails