23 May 2011

SUBHANALLAH

Tadi aku mendapat mesej daripada saudara se-Islam meminta agar sama-sama mengajak followers sekalian supaya memboikot + melaporkan penyalahgunaan medium oleh owner wordpress tersebut yang berURL http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com.  Kalau Chelsea kamu boleh backup, takkan Islam kamu berpeluk tubuh. Korang boleh report abuse di http://en.wordpress.com/abuse/ . Harap maklum.

£30 JUTA UNTUK SERGIO AGUERO

Ok, kita cool down dulu tentang isu Ancelotti yang baru dipecat semalam. Kita beralih kepada transfer rumours kejap. Terbaru, Liverpool menarik diri daripada bersaing untuk mendapatkan khidmat menantu Diego Maradona, Sergio Aguero, 23. Ini kerana harga Aguero adalah terlalu mahal buat the Kops yang tak sanggup membayar permintaan gaji pemain ini iaitu sebanyak £110K seminggu. Ini menjadikan kelab yang bersaing untuk dapatkan mamat ini ialah Chelsea, Manchester City dan Tottenham Hotspur.


Namun, aku rasa situasi ini lebih memihak kepada Chelsea sebab Aguero sebelum ini pernah menyatakan keterujaan dia untuk bermain bersama-sama bintang di Chelsea. Tambahan pula, member dia di Atletico Madrid dulu, Fernando Torres telah pun menyertai Chelsea. Apa pun, kita tunggu apa rombakan yang bakal dilakukan oleh CFC pada musim panas nanti. 


KTBFFH

GUUS HIDDINK CUMA PENASIHAT CHELSEA FOOTBALL CLUB

Semalam, Guus Hiddink duduk bersebelahan dengan owner CFC, Roman Abramovich. Tetapi, jangan salah faham kerana Hiddink cuma menjadi penasihat kepada CFC bukannya menjadi manager baru Chelsea. Selain Chelsea, Hiddink turut menjadi penasihat untuk kelab terkemuka lain seperti Ajax Amsterdam dan PSV Eindhoven. FYI, Guus Hiddink memang mempunyai hubungan yang baik dengan Roman Abramovich meskipun mereka bukan tinggal sekampung. LOL. =D


*FYI =For your information

HIGHLIGHT UPDATED!! Matchday 38



Tahniah buat Manchester United. Selamat tinggal Ancelotti. Jasamu amat kami hargai. Nak buat macam mana, Abramovich memang set par yang tinggi. Aku dah update highlight untuk ke semua matchday 38. Turut aku upload ialah Goal of The Season 2010/11. Layan. Jangan lupa lompat ke Download Highlight!! 

ANCELOTTI DIPECAT!!

Akhirnya, Ancelotti dipecat setelah tamat game Everton vs Chelsea. Musim ini agak malang untuk Chelsea setelah menamatkan musim 2011/12 tanpa sebarang trofi. CEO Chelsea, Ron Gourlay memecat Ancelotti sejurus selepas berakhirnya sidang media selepas perlawanan yang menyaksikan Chelsea kalah  0-1 di tangan Everton. Ancelotti dengan cool pula menjawab :
 

"Saya sekarang sedang bercuti. Namun saya tidak tahu selama mana saya akan bercuti."

Footballcrazie ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat Carlo Ancelotti di atas sumbangan beliau dalam skuad Chelsea. Persoalannya sekarang, who's next?

Related Posts with Thumbnails