20 July 2011

BANNER MBAS SIAP DIPASANG

Semalam berlangsungnya upacara memasang banner gergasi MBAS di Stadium Bukit Jalil. Jadi, korang semua jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan banner khas ini sempena perlawanan Malaysia vs Chelsea pada malam esok. Berikut merupakan gambar-gambar banner MBAS daripada pelbagai sudut :

MINI CONTEST PES2011 ANJURAN MBAS

Buat julung kalinya MBAS akan mengadakan Pertandingan PES2011 Piala MBAS yang akan dilangsungkan di Mc Donald's Jalan Pahang bermula pukul 8.30 malam sehingga 1.00 pagi. Pertandingan ini diadakan bersempena Chelsea Asian Tour 2011 yang mana rakan-rakan Chelsea dari seluruh negara akan mula hadir ke Kuala Lumpur seawal 19hb untuk menyaksikan latihan pasukan Chelsea.

Justeru itu kelapangan masa sementara menantikan perlawanan persahabatan Chelsea menentang pasukan negara kita, pihak admin MBAS dengan kerjasama MBAS Kedah bergabung tenaga menganjurkan pertandingan ini bagi meraikan dan mengisi kelapangan masa rakan TENTERA BIRU yang datang dari jauh.

Related Posts with Thumbnails