03 July 2011

LIVE UPDATED!! ( Brazil vs Venezuela ) 3:00 AM

Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlawanan pertama kumpulan B, Copa Amerika awal pagi ini hanya di LIVE!!  Jom tengok aksi David Luiz dan Ramires. Neymar? Hak..tuih. ;p

CHELSEA BERMINAT DENGAN SAMIR NASRI?

Chelsea dilaporkan tengah merancang untuk membida Samir Nasri sebagai backup plan jika Luca Modric stay di Tottenham Hotspur. FYI, Nasri memang dah tak berminat untuk bermain untuk Arsenal setelah enggan menandatangani kontrak selama lima tahun dengan gaji £90,000 seminggu. Pergh, apa dah jadi dengan Arsenal pada transfer windows kali ni? Nasri secara selamba menyatakan minatnya untuk bermain di Old Trafford. Manakala Fabregas nak pulang ke Barcelona. Gael Clichy ke Manchester City. Arshavin maybe ke Galatasaray. Namun, Arsenal telah berjaya mendapatkan penggantu Clichy iaitu left back Newcastle, Jose Enrique dengan nilai £6 juta dan juga striker Lille, Gervinho. Kita tengok apa lagi kejutan yang berlaku sebelum transfer windows tamat pada 31 Ogos 2011. =)

USIA BUKAN PENGHALANG ANDRE VILLAS-BOAS

Petr Cech yakin bahawa usia tidak menjadi penghalang buat Andre Villas-Boas untuk membuat impak maksima di Chelsea. Berusia 34 tahun, Boas menjadi manager paling muda dalam Barclays Premier League dan tua setahun dengan Frank Lampard dan Didier Drogba. Namun Cech akui bahawa Boas mempunyai kelebihan tersendiri. Cech berkata :


"Kelebihan beliau ialah mengenali kelab dan individu dalam kelab dengan mendalam. Usia beliau tidak menjadi masalah. Itu tidak penting."

Kemas. Macam budak-budak pula compare usia ni. LOL.

TAHNIAH UNTUK MBAS SABAH (MBASS)

Tahniah buat pasukan futsal Malaysia Blue Army Supporters (MBAS) cawangan Sabah atau MBASS. Keputusan muktamad MBASS telah mencatatkan keputusan seri dengan pilihan JPJ Labuan 8-8 dan tewas kepada pilihan Patau2 Labuan 7-9. Meskipun tewas, mereka harus diberikan pujian dan penghargaan kerana telah menunjukkan sepenuh komitmen kepada pasukan. Semoga selepas ini para pemain akan lebih fokus dan aktif menumpukan pada corak permainan, persefahaman, stamina dan disiplin yang tinggi supaya pasukan akan begerak lebih jauh lagi. Anda semua memang terbaik daripada ladang gandum!! =)
Related Posts with Thumbnails