06 May 2011

MANCHESTER UNITED BIMBANG - RON HARRIS

Pemain berstatus lagenda Chelsea, Ron Harris yakin bahawa Chelsea mampu menewaskan Manchester United menjelang game Super Sunday minggu ini. Harris optimis anak buah Ancelotti bakal melakukan kejutan nanti. Beliau berkata :


"Tekanan berada di bahu Manchester United sekarang ini. Saya dah tengok game Manchester United kebelakangan ini dan mereka tidak beraksi dengan bagus. Ironiknya, Chelsea pula sedang membuat perubahan. Saya tak rasa Manchester United gentar dengan Chelsea, namun mereka perlu risau."

Apa pun, kita tunggu dan lihat kesudahan game itu nanti. 


KTBFFH

ANDRE VILLAS-BOAS KE CHELSEA?

Jika selama ini ada jer rumours mengatakan Andre Villas-Boas akan kembali ke Chelsea, lupakan sahaja. Beliau sendiri menafikan hal tersebut. FYI, Andre Villas-Boas ini boleh dikategorikan sebagai orang kanan Jose Mourinho dulu. Dah tiga kelab si Boas ini berkelana bersama-sama TSO, iaitu Porto, Chelsea diikuti dengan Inter Milan. Namun, dia berhenti di tengah jalan sebab mahu berkecimpung dalam dunia pengurusan kelab pula. Dah bosan follow bontot Jose Mourinho kot. LOL. Ditanya tentang kembali ke Chelsea, Boas berkata :


"Orang diluar sana berkata bahawa saya orang yang bakal menjawat jawapan panas itu. Namun, itu bukan saya. Saya hanyalah coach biasa yang bertuah sebab mempunyai pemain yang berbakat besar. Suatu hari nanti, saya mungkin kehilangan mereka."

Tengok, betapa down to earth si Villas-Boas ini. Makin banyak ilmu dia belajar, makin bijak dia. Bukan makin bangang, ego dan berlagak macam sesetengah coach lain. =)
Related Posts with Thumbnails