11 January 2011

BLACKPOOL BURU JACK CORK

Blackpool dilaporkan berminat utk dapatkan midfielder Chelsea, Jack Cork. Cork beraksi cemerlang musim ini dgn kelab pinjaman iaitu Burnley. Dalam perjanjian kontrak Cork dgn the Blues, dia boleh sertai mana-mana kelab jika bayaran perpindahan disetujui oleh Chelsea. FYI, Cork, 21, mempunyai kontrak sehingga 2012 dan Chelsea dikatakan  sanggup melepaskan mamat ni dgn harga RM7.2 juta.

Pergh, kalau kat Malaysia ni, kena jual kelab kalau nak dapatkan Cork. LOL ;p

ANCE'COOL'OTTI BUAT MAGIK

Akhirnya, setelah dua bulan prestasi Chelsea merudum, kita disajikan dgn kebangkitan bertenaga oleh skuad the Blues semalam. Scoreline 7-0 sudah cukup membuktikan Chelsea telah mula bangkit. Ancelotti ternyata berjaya membawa tonik kemenangan utk Chelsea. Namun, Ancelotti memilih utk tenang. Beliau berkata :


"Kami memerlukan persembahan begini. Keputusan bagus serta kami lakukan byk benda secara teratur. Penyerang dah mula dapat sentuhan. Namun, kita jgn cepat gembira. Kita harus tunggu sblum boleh katakan OK. Keyakinan kami dah meningkat."


Baguslah kalau mcm tu. Kita tgk hasilnya Chelsea vs Blackburn Rovers nnti pada 16 Januari ini. Harap permainan Chelsea memukau. =)

KTBFFH
Related Posts with Thumbnails