20 February 2011

HIGHLIGHT UPDATED!! FA CUP

Aku dah upload highlight bagi kesemua perlawanan FA Cup semalam dalam single file. Silalah ke Downlaod Highlight!! =)

D UNTUK DANIEL STURRIDGE

Ancelotti beritahu kepada media bahawa Sturridge akan pulang ke kem Chelsea sebaik sahaja tempoh pinjamannya tamat penghujung musim ini di Bolton Wanderers. Sturridge terpaksa berundur bagi memberi laluan kepada Fernando Torres yang tiba dari Liverpool. Ancelotti berkata untuk chelseafc.com :


"Dia menjaringkan 3 gol dalam 3 games dan pada musim panas nanti dia boleh kembali. Ia merupakan masa yang sesuai bagi Danny untuk bermain secara pinjaman kerana dia tidak mempunyai banyak ruang di sini dan dia perlu terus bermain. Bolton mengamalkan permainan yang bagus jadi dia boleh menonjol di sana."


KTBFFH

ABRAMOVICH MAHU SAMBUNG KONTRAK ANCELOTTI

Pemilik Chelsea yang kaya nak mampus, Roman Abramovich berniat untuk sambung kontrak Ancelotti. FYI, kontrak Ancelotti akan tamat pada musim panas 2012. Abramovich mahu sambung sebab mendengar khabar angin AS Roma yang mahu dapatkan khidmat Ancelotti sebaik sahaja kontrak beliau tamat. Bagus juga keputusan Abramovich ni, kalau asyik bertukar coach, mesti rosak pasukan. Tambahan pula Ancelotti mempunyai pengalaman membimbing pasukan menang Champions League sebanyak...bukan satu, bukan dua, tetapi 3 kali. =)

KTBFFH,

ANCECOOLOTTI TETAP DIHATIKU

Baru jer kalah semalam Ancelotti menjawab dengan cool bahawa beliau tidak rasa tertekan dengan kekalahan Chelsea semalam untuk persediaan menentang Copenhagen pukul 3.45 pagi awal pagi Rabu waktu Malaysia. Beliau berkata :


"Tiada tekanan tambahan sebab kami kenal cara permainan Copenhagen. Mereka sebuah pasukan yang bagus dengan organisasi yang teratur serta pasukan yang dinamik. Permainan mereka pantas. Ia penting untuk rahu perkara ini serta membuat persediaan awal dan mempunyai semangat untuk bermain."

Lepas ni pemain Chelsea dah tak penat sebab tak perlu berhempas-pulas untuk FA Cup. (ayat untuk sedapkan hati sendiri. LOL) Mesti best kalau Khairul Fahmi Che Mat yang jaga pintu gol Chelsea semalam. =)
Related Posts with Thumbnails