07 January 2011

CHELSEA RUGI RM47.5 JUTA

Roman Abramovich bakal mengalami kerugian RM47.5 juta jika beliau singkirkan Carlo Ancelotti. Hal ini kerana Ancelotti masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan yang bernilai harga pampasan itu. Abramovich dikatakan akan membeli peluang kepada Ancelotti untuk pertahankan FA Cup yang akan bermula Ahad ini menentang Ipswich.

Pada musim lepas, Chelsea dah mencatat kerugian sebanyak RM190 juta. Oleh sebab itu, habis pemain mereka singkirkan termasuk Ray Wilkins. Aku rasa Roman tak akan lepaskan Ancelotti dengan mudah sebab sebelum ini dia dah lama memujuk Ancelotti untuk sertai Chelsea dari AC Milan. Lagi pun, Ancelotti dah tunjukkan magik yang dia ada musim lepas.

KTBFFH

CHELSEA PEROLEH PAMPASAN TINGGI

Chelsea antara kelab yang menerima ganjaran yang tinggi  daripada FIFA sebab membenarkan pemain mereka menyertai Piala Dunia 2010 tahun lepas. FIFA mengagihkan keuntungan mereka sebanyak RM120 juta untuk 400 kelab dalam 55 negara. The Blue berada di tempat ketiga dibelakang Barcelona dan Bayern Munich. Barcelona menerima RM2.6 juta, Bayern Munich pula dapat RM2.4 juta. Chelsea pula dapat RM2.3 juta. FYI, Chelsea menghantar 13 pemain mereka untuk mewakili 6 negara. Namun, tak seorang pun layak ke suku akhir. Chelsea dapat duit atas angin tu. Haha =D

ANCELOTTI SUPER DUPER COOL

Carlo Ancelotti beritahu yang beliau akan terkejut jika disingkirkan dari Chelsea berikutan prestasi buruk kelab sehingga sekarang. Kini, Chelsea masih lagi berada di tempat ke-5 carta liga. Pendahulu liga BPL, Manchester United, mempunyai kelebihan 9 mata dari Chelsea dengan kelebihan satu game. Ancelotti turut akui bahawa musim ini mereka tidak cukup bagus untuk menang Premier League. Beliau berkata :


"Kami tidak cukup bagus sekarang. Sekarang adalah lebih mudah untuk ambil pendekatan yang Chelsea tidak mengalami musim yang bagus. Namun kita masih ada banyak lagi untuk diperjuangkan. Kita masih ada FA Cup dan Champions League."

Ancelotti mengaku yang beliau tersalah percaturan untuk musim 2010/2011 ini. Erm, macam nak cover untuk lembaga pengarah nampak. Hehe ;p

BURUAN TERBARU CHELSEA

Setelah lama menanti pemain mana yang bakal Chelsea bawa masuk akhirnya Chelsea kini dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan pasangan dari kelab Dinamo Bucarest, Romania iaitu Marius Alexe dan Gabriel Torje. Pasangan ini telah pun disenarai pendek oleh Ancelotti kepada lembaga pengarah sebagai calon menantu bagi the Blues. Jom kita layan sikit profil dua orang ini.




Nama: Marius Silviu Alexe
Bangsa: Romania
Tarikh lahir: 22/02/1990
Tinggi: 5' 11" (1.82 m)
Kelab: Dinamo Bucarest
Posisi: Penyerang


Dinamo nak RM20.2 juta untuk pemain ini.







Nama: Gabriel Torje
Bangsa: Romania
Tarikh lahir: 22/11/1989
Tinggi: 5' 5" (1.67 m)
Kelab: Dinamo Bucarest
Posisi: Tengah , Sayap


Dinamo nak RM24.2 juta untuk pemain ini. Torje merupakan kapten bagi skuad Harimau Muda Romania. =D




Mulai sekarang, aku akan letak harga pemain dalam bentuk Ringgit Malaysia, (RM). Baru korang rasa sikit thrill dia. LOL ;p

ANCELOTTI TAK LEPASKAN STURRIDGE

Carlo Ancelotti menolak kemungkinan Daniel Sturridge akan dilepaskan untuk dipinjamkan ke Liverpool di musim perpindahan ini. Bekas pemain Manchester City dikatakan tidak berpuas hati sebab tidak diberikan sebarang peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama BPL setakat ini. Bagaimana pun, Ancelotti tak mahu melepaskan Sturridge ke Liverpool. Beliau berkata :


"Daniel Sturridge tidak bercakap apa-apa dengan saya tentang proses peminjaman dia ke Liverpool. Jika dia bertanya kepada saya, saya tak akan lepaskannya. Dia pemain yang bagus. Suatu hari nanti, dia akan peroleh peluang untuk bermain dalam starting XI."

Aku rasa Sturridge harus buktikan semasa bermain sebagai pemain gantian dahulu sebelum jadi pemain utama. =)
Related Posts with Thumbnails