Showing posts with label rivals. Show all posts
Showing posts with label rivals. Show all posts

31 July 2011

SIR ALEX FERGUSON KECEWA DENGAN SNEIJDER

Midfielder Inter Milan, Wesley Sneijder baru sahaja mengakibatkan SAF butthurt sebab demand gaji tinggi setaraf dengan Wayne Rooney. Mana tak nya, Sneijder menikmati gaji sebanyak £250,000 seminggu di Inter Milan. SAF beritahu bahawa Manchester United dah berhenti memburu mamat ni Sneijder sendiri yang meletakkan syarat terlalu tinggi untuk Manchester United. Tambahan pula, mereka dah jumpa pengganti kepada Scholes iaitu ... ANDERSON???? LOL. Kita tunggu dan lihat jer la macam mana Manchester United beraksi musim depan. Terlebih dahulu, mereka akan diuji oleh Manchester City untuk merebut piala Perisai Komuniti pada 7/8/2011. ;)

30 July 2011

MANCHESTER CITY ADA POTENSI - AVB

Andre Villas-Boas beritahu kepada media bahawa perbelanjaan yang dilakukan oleh Manchester City adalah satu kelebihan mutlak mereka. Beliau juga percaya Manchester City kini lebih serius untuk mencabar liga Premier. Kalau dulu, Chelsea yang berbelanja besar. Kini, Barclays Premier League dah ada satu lagi pasukan yang kaya nak mampus. Apa pun, kita tunggu dan lihat siapa yang kena pada musim baru nanti. ;)


KTBFFH

29 July 2011

PEMAIN MANCISTER SITI BUTTHURT

Terkini, pemain senior MakEncik Siti, Nigel de Jong, Vincent Kompany dan Micah Richards nampaknya panas bontot apabila kelab kesayangan mereka itu enggan menawarkan gaji yang lumayan sebaris pemain bintang lain dekat sana. Bak kata ayat touching, mereka di anak tirikan. Mana tak nya, Aguero yang baru masuk tu dapat gaji setaraf dengan bintang utama di sana seperti Yaya Toure dan Carlos Tevez iaitu sebanyak £200,000 seminggu. Namun, untuk kontrak baru mereka ini, Company cuma dapat £80,000, de Jong dapat £65,000, manakala Richards pula dapat £100,000 seminggu. LOL. Moral of the story, korang nampak tak betapa Luca Modric lagi dibayar murah dekat Spurs? ;)

27 July 2011

SAH!! AGUERO SERTAI MANCHESTER CITY

Finally, setelah sekian lama Sergio Aguero menjadi buruan kelab EPL, beliau kini sudah menjadi milik rasmi Manchester City dengan harga perpindahan sebanyak £38 juta . Aguero, 22, sign kontrak bersama City selama 5 tahun dengan gaji mingguan sebanyak £200,000. Gila kaya Manchester City ni. Lepas ni Balotelli kena juallah. Menarik saingan EPL musim depan. hehehe ;)

26 July 2011

MANCHESTER UNITED KACAU DAUN

Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba Man Utd cuba untuk merebut target Chelsea, Javier Pastore, 22. Malah presiden Palermo, Maurizio Zamparini akui bahawa kini terdapat persaingan antara dua kelab gergasi England ini. Maurizio Zamparini akan tanya kepada Pastore mana satu pilihannya dalam minggu ini. Perlukah Chelsea mendapatkan Pastore? Footballcrazie prefer Joao Moutinho sebab dah tengok aksi Pastore dalam Copa America. Biasa je. ;p 

Komen anda?


KTBFFH

19 July 2011

DEAL OR NO DEAL ?

Setelah bosan nak hold Cesc Fabregas, akhirnya Arsenal mengambil kata putus dengan meletakkan harga sebanyak £40 juta untuk Cesc. Ini bermakna, Barcelona perlu membayar tag harga tersebut jika benar-benar mahukan Fabregas. Barcelona diberi dua minggu untuk membuat keputusan sebelum tawaran ini ditutup. 

p/s: Pergh, semua players dah makin tinggi harga sekarang ni. Paling tak leh blah harga Javier Pastore. Bukan power pun mamat tu, McEachran lagi best. ;)

08 July 2011

MANCHESTER CITY BURU SERGIO AGUERO

Selepas mendapatkan Gael Clichy dan Stefan Savic, Manchester City masih lagi memburu seorang penyerang untuk menggantikan posisi Tevez in case ada kelab lain berminat dengan Tevez dan sanggup pecah tabung sebanyak £50 juta. Sergio Aguero, 22, akan dibida dengan harga £35 juta. Samir Nasri? Footballcrazie dan korang sendiri sedia maklum bahawa mamat tu nak sangat ke Manchester United sebab dah sangap trofi. LOL. Apa pun, kita tunggu dan lihat je la apa yang bakal berlaku. Chelsea tak beli strikers pun tak apa, sebab dah banyak yang power. Tinggal kena atur strategi yang mantop sahaja. ;)


KTBFFH

07 July 2011

PEMAIN BARU LIVERPOOL

Liverpool telah pun dapat pemain midfield merangkap kapten Blackpool, Charlie Adam, 26, dengan harga £9 juta. Macam yang kita ketahui, Blackpool dah tersingkir ke liga Championship. Jadi, tak ada sebab untuk Charlie Adam tolak tawaran yang mungkin datang sekali dalam seumur hidup ini. Footballcrazie suka mamat ni sebab bagi footballcrazie, Adam merupakan seorang match winner ditambah pula dengan kepakarannya mengambil tendangan percuma. Modric dah stay kat Spurs dan tak jadi ke Chelsea untuk musim depan. So, who's next?

04 July 2011

LUCA MODRIC BOLEH KE CHELSEA JIKA ...

Finally, Luka Modric mendapat lampu hijau untuk meninggalkan Tottenham Hotspur ke Chelsea dengan syarat jika mendapat bidaan sebanyak £45 juta. Sebelum ini, Spurs menolak bulat-bulat bidaan Chelsea sebanyak £22 juta atas alasan Chelsea underrated pemain ini.  Pergh, semua players nak tag £45 juta ke atas. Namun, Spurs harus ingat, jika Modric keluar, itu turut membuka pintu buat Gareth Bale yang mahu ke Manchester City. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal. =)

MANCHESTER UNITED PERJUDI NASIB - PETR CECH

Petr Cech percaya Manchester United memperjudikan nasib mereka untuk membawa David de Gea menggantikan van der Sar. Apakah de Gea mampu menjelmakan teknik sama dan sehandal bekas penjaga gawang Manchester United itu? Tambahan pula, de Gea hanya membuat 84 pernampilan dalam perlawanan profesional dan masih mentah. Cech berkata :

"Ia adalah satu kelebihan besar buat Man Utd kerana berjaya mendapatkan penjaga gol muda. Meraka boleh kekal lama di sesebuah kelab. Namun, ia juga merupakan satu perjudian sebab de Gea menyertai kelab yang memang terkenal dengan lagenda penjaga gol seperti Peter Schmeichel dan Edwin van der Sar. Sekarang kita tunggu dan lihat apa hasilnya."

Erm, terus-terang, dea Gea mendapat spotlight begitu tinggi dekat luar sana. Jangan jadi macam Tim Howard sudah. Mula-mula jer perform lepas tu.. hampeh! ;p

03 July 2011

CHELSEA BERMINAT DENGAN SAMIR NASRI?

Chelsea dilaporkan tengah merancang untuk membida Samir Nasri sebagai backup plan jika Luca Modric stay di Tottenham Hotspur. FYI, Nasri memang dah tak berminat untuk bermain untuk Arsenal setelah enggan menandatangani kontrak selama lima tahun dengan gaji £90,000 seminggu. Pergh, apa dah jadi dengan Arsenal pada transfer windows kali ni? Nasri secara selamba menyatakan minatnya untuk bermain di Old Trafford. Manakala Fabregas nak pulang ke Barcelona. Gael Clichy ke Manchester City. Arshavin maybe ke Galatasaray. Namun, Arsenal telah berjaya mendapatkan penggantu Clichy iaitu left back Newcastle, Jose Enrique dengan nilai £6 juta dan juga striker Lille, Gervinho. Kita tengok apa lagi kejutan yang berlaku sebelum transfer windows tamat pada 31 Ogos 2011. =)

29 June 2011

KENAPA MONYOK NI, BUCHUK ?

Apa dah jadi kepada Samir Nasri? Terbaru, Nasri kelihatan sugul ketika menggayakan jersey away the Gunners. Nasri macam tak enjoy ketika sessi penggambaran atau memang dia ni tak pandai bergambar? Macam yang kita tahu, hubungan Nasri dengan Arsene Wenger tak berapa elok. Nasri enggan sign kontrak baru bersama Arsenal. Hrm, apa perancangan Nasri? Takkan merajuk sebab nak join Manchester United kot? =)

MEREPEK MACAM KEREPEK

Lagi laporan yang merepek macam kerepek bagi footballcrazie. Real Madrid meminta Neymar agar lupakan sahaja angan-angan untuk ke Santiago Bernabeu jika dia enggan memotong rambut ayam seramanya itu. Hal ini kerana, Real Madrid mahu membaiki imej Neymar dah lama tercemar akibat tindakan mamat ni yang panas baran dan ego. Insiden terbaru mamat ini ialah ketika terlibat dengan rusuhan perlawanan final Copa Libertadores, Santos vs Penarol. Sanggupkah Neymar mengorbankan rambut trademarknya demi Real Madrid?

p/s: Cuba bayangkan David Luiz buat rebonding. LOL.

28 June 2011

DAVID DE GEA SAH SERTAI MANCHESTER UNITED

Semua fans Man Utd tahu bahawa David De Gea akan menggantikan Edwin van der Sar dengan nilai £17.8 juta di Manchester United. Meskipun baru berusia 20 tahun, dia telah menjadi kesebelasan utama untuk skuad Sir Alex Ferguson bagi musim depan. Dalam masa yang sama, Man Utd turut berjaya mendapatkan defender Blackburn, Phil Jones dan winger Aston Villa, Ashley Young. Nampaknya musim depan, memang ramai pemain muda perform untuk Man Utd. Namun, apa yang footballcrazie nak beritahu kat sini betapa noob cara mereka nak cover De Gea dari reporters. Last-last, kantoi jugak. LOL.

Related Posts with Thumbnails