15 March 2011

LIVE UPDATED!! ( Manchester United vs Olympique Marseille ) 3.45 AM


Jangan lupa tengok game awal pagi nanti. Kita tengok Manchester United boleh pergi ke tak ke pusingan suku akhir. Arsenal dah out. Macam biasa, silalah lompat ke LIVE!!

CLAUDE MAKELELE TAK PUAS HATI

Bekas midfielder Chelsea, Claude Makelele menyifatkan Jose Mourinho sebagai seorang yang pelupa macam Nadzmi Raja Lawak 5. Sebab itulah kena singkir daripada Chelsea. Makelele beritahu yang Mourinho ini seorang yang kejam dan berkira. Dia berkata :


"Mourinho hebat sebab dia tahu menyerlahkan prestasi sebenar pemain. Namun, dia akan lupakan pemain itu setelah pemain itu tidak berguna lagi dan akan tumpukan kepada pemain baru. Kami pernah mabuk sama-sama, keesokkan harinya, dia lupa jasa kami."

LOL. Dah mabuk memang tak ingat apa-apa. 

JOSE MOURINHO MAHU KEMBALI KE PANGKAL JALAN

Ini pula berita lagi panas. Jose Mourinho menyatakan hasratnya untuk kembali ke Premier League suatu hari nanti. Beliau berkata :


"Saya suka suasana bolasepak di England. England masa depan saya. Bila? Saya sendiri tidak tahu tetapi saya akan kembali."

Mourinho cakap begitu sejak dulu lagi setelah menghadapi krisis dengan orang dalam Real Madrid. Memang betul The Blues mempunyai sejarah yang cemerlang di eranya. Namun, aku masih sayangkan Carlo Ancelotti, the Champions League mastermind.

RIO FERDINAND TOLAK CADANGAN FABIO CAPELLO

Setelah mengetahui niat murni Capello untuk melantik John Terry jadi kapten England balik, Rio Ferdinand cepat-cepat menghubungi General Manager England, Franco Baldini bagi membantah keputusan tersebut. Nampak sangat dia risau tak akan berpeluang menjadi kapten England lagi apabila John Terry sarung armband kapten England balik. LOL. Tak ada semangat berpasukan langsung dan gila kuasa! Dah cedera tu, redha jer la. Bagi orang lain yang layak untuk ketuai misi penting negara mereka. =D
Related Posts with Thumbnails