25 August 2010

LIVE UPDATED!!( Tottenham Hotspur vs Young Boys Bern ) 2.45 AM

VS

Mcm biasa, siapa yg nk tgk perlawanan ni, silalah ke tab LIVE!! ;p Byk gak perlawanan lain yg telah aku update. hehe

BENAYOUN GEMBIRA BERMAIN DI CHELSEA


Midfielder Chelsea, Yossi Benayoun begitu teruja dgn penampilan dia bersama Chelsea ketika menentang Wigan tempoh hari. Walaupun bermain sebagai pemain simpanan, Benayoun berasa gembira sbb boleh menyumbang utk kelab baru ni. Setakat ni, mamat Israel ni xpernah turun dlm kesebelasan utama sejak dibeli dari Liverpool.

MOURINHO MENGAKU KALAH


Akhirnya, Jose Mourinho menyatakan bahawa beliau sudah mengalah dlm kes nk dapatkan Drogba. "Sekali lagi, mmg x dapat." jelas Mourinho. Ditanya ttg pencabar BPL musim ni, JM meletakkan Chelsea, Man United dan Man City akan merebut gelaran tersebut. Fuh, mmg terbaik la saingan BPL musim 2010/2011 ni. hehe ;)

ANCELOTTI BURU PEMAIN ITALI


Carlo Ancelotti kini dikatakan akan membida pemain tengah kebangsaan Itali, Antonio Candreva. Pemain asal kelab Udinese menghabiskan separuh musim lepas dgn bermain secara pinjaman utk Juventus. Malah, pengurus Juventus, Luigi Delneri menyatakan hasrat beliau utk dapatkan mamat ni secara kekal.

VITTESSE ARNHEM BURU 2 PEMAIN MUDA CHELSEA


Pemilik Vittesse Arnhem, Merab Jordania bgtau yg beliau mahu pinjam pemain muda Chelsea, Slobodan Rajkovic dan Nemanja Matic. Jordania nk mereka berdua sbb nk tingkatkan prestasi kelab baru milik beliau itu. Malah Jordania sendiri sahkan yg beliau memang nk dapatkan 2 pemain Serbia itu. "Slobodan Rajkovic dan Nemanja Matic? Ya, mereka akan ke mari." jelas Jordania. Erm, power jgk pemain muda Chelsea ni. Sentiasa ada permintaan. hehe ;p

NICOLAS BURDISSO = RICARDO CARVALHO


Chelsea dikhabarkan akan membida pemain pertahanan Inter Milan, Nicolas Burdisso, 29, utk mengisi kekosongan yg ditinggalkan oleh Ricardo Carvalho. Sblum ini, the Blues mahukan pemain pertahanan muda Benfica, David Luiz, namun dgn harga £27 juta yg dimahukan oleh Benfica, Chelsea melupakan hasratnya. 

ROBERTO MARTINEZ MAHU BELI FRANCO DI SANTO


Setelah mendapatkan khidmat Steven Caldwell pada Isnin, Pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez kini dilaporkan mahu mendapatkan 2 pemain baru lagi bg membantu permulaan yg buruk oleh the Latics. Martinez dikatakan mahu mendapatkan  is pemain muda Chelsea, Franco Di Santo sebelum Wigan menentang Tottenham pada Sabtu ini. Sblum ni Chelsea pernah bgtau kt media yg mereka bersedia utk jual Franco di Santo. Sila rujuk di sini. Hrm, amacam Santo? Nk x? =)
Related Posts with Thumbnails